cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Thursday, May 17, 2012

Bersiwak sunnah Nabi..=)


Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).


KELEBIHAN BERSIWAK:

-Mengharumkan mulut.
-Mencerahkan penglihatan.
-Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman.
-Memerdukan suara.
-Memfashihkan percakapan.
-Memperhiaskan solat.
-Menghilangkan rasa mengantuk.
-Mendapat keredhaan Allah SWT.
-Malaikat berbangga atau Malaikat memuji orang bersugi.
-Menghimpun segala kebaikkan.




http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/2448-sunnah-bersiwak.html

jom cinta Nabi!

Cuti sem bukan bermakna rehat buat mahasiswa


rehlah ~ukhwah fillah..=)



Assalamualaikum.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Jom kita berselawat ke atas nabi.!

Alhamdulillah kembali menulis kembara pena ini setelah sekian meninggalkan ia seketika.meninggalkan memori di matrik kampus uia petaling jaya.Alhamdulillah,sume ni adalah percaturan Allah yang cukup bermakna untuk dikongsi.Mengutip pengalaman dan ilmu di taman ilmu dan budi.Membuka minda yang mungkin jauh tersasar dari matlmat sebenar sebelum memasuki kampus.Lamaran perjuangan  seruan dilaungkan.Melihat dunia Islam hari ini,adalah realiti masyarakat Islam yang menghampiri kepada tersimpang daripada masalah akidah.

"Cuti iniaku nak rehat la.Nak tengok movie/cerita korea dll,aku nak baca novel yang dah sekian lama aku tinggalkan"..dialog2 ini biasa kita dengar dalam kalangan mahasiswa kita.Memanfaatkan masa untuk merehatkan minda sebentar setelah pulun minda di kampus hanya untuk mengejar pointer terbaik!semata-mata.

Saya memesan kepada diri dan mahasiswa diluar sana,bahawa matlamat kita dikampus bukanlah hanya mengejar CGPA hebat dikampus dan graduate daripada u masing2 semata-mata untuk mengejar cita-cita,da merebut peluang untuk gaji yg besar dan impian masing.Melihat fenemona kampus hari ini majoriti masyarkat muda kampus terlalu memeberi harapan sedemikian.


DEAN LIST @ DEEN LIST?


Sama-sama kita memanfaatkan cuti ini sebaiknya.bukan bermakna kita bergoyang kaki.kerana tidak kemana kalu kita sebgai mahasiswa yang hanya tahu membuka minda sepenuh masa,menelaah buku untuk exam semata-mata.ayuh kita buka minda,buka mata hati melihat dunia Islam hari ini!ayuj kita membongkar khazanah ilmu untuk kepentingan Islam hari ini.terima cikgu,penyarah di matrik uia petaling jaya,!jasa mu dikenang untuk mentarbiyah anak2 bangsa.


"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala,
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira,
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!"


kenangan di mahallah sendiri
mahallah zainab jahsyi





Friday, March 16, 2012

Hitam putih kehidupan..ku teruskan

Assalamualaikum.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.AW,keluarga Baginda dan para sahabat Baginda yang menyambung syiar Islam,memperjuangkan Islam hingga pelusuk Islam diterima hari ni.Tetapi dunia hari yang kita,Islam dianggap asing,dianggap kuno di ZAMAN JAHILIYYAH MODEN ini.

Hitam Putih kehidupan.Kenapa dua warna ini?Kenapa tidak warna lain.saya memfokuskan dua warna ini,keran itulah warna yang paling mengingatkan kita kembali pencipta yang Maha Esa.Kehidupan ini apa yang kita lihat itulah matlamat yang ingin dituju.Melihat kehidupan ini satu jalan matlamat yang harus dijelaskan.Kehidupan ini melibatkan kekuatan.Kekuatan yang datang daripada hati kita.Teringat pesan ibu ana.."Kamu perlu kuatkan HATI..."Dulu ana tak memahami kata-kata ibuku ini.Tetapi jawapan ini ternyata terjawab oleh diri sendiri"Ya,hatiku memang perlu,benar kata ibuku".Kembali kepada fatwa hati.Kembali hati.Hati ini tempat yang dinilai.Niat juga bermula disini,hati.



Hitam Putih Kehidupan.Kita hamba Allah ibarat musafir yang memulakan perjalanannya mencari,mengembara menyusuri perjalanan,mecari dan terus mencari erti kehidupan disepanjang perjalanan menuju destina akhir.Destinasi akhir kita itulah akhirat.Perjalanan disana cukup panjang.Perhitungan dihisab.Tol yang disinggah sebentar haya di alam barzakh.Disitu gambaran pertama sebelum ke alam akhirat.Detik kelahiran sampai sebelum ajal ini ditarik semula kembali kepada Pencipta kita.Perjalanan yang tiada sudah ini,memberi gambaran kepada kita kehidupan dunia tiada yang kekal.Permain semata-mata.Taqwa kita dinilai.Tapi,tanya pada diri ini yg juga menulis dan yang membaca,tanya hati adakah aku benar-benar tahapa taqwa kepada Allah.?Aku merenung berfikir sejenak apa yang terbuku dihati ni,banyak khilaf diri ini.

DUNIA HARI INI,.


Anak satu anugerah bernilai yang Allah beri kepada kita.HARGAILAH ANAKMU,SAYANGILAH DIA.
bentuk anak dengan agama,curahkan dengan agama,bimbing diri dengan kebaikan..

"Mak dan Abah,didiklah kami dengan agama,pimpinlah kami,kami nak jadi anak soleh/solehah..iman tak boleh diwarisi..mak dan abah kami perlukan kasih sayang dan agama,kami tak nak terleka dengan tipu dunia,terima kasih mak abah,kalian mengajar aku mencari erti makna kehidupan"

tapi ,sebaliknya yang berlaku harini..

"Mak,mana abah adik..adik nak kenal abah adik..kenapa mak buang adik kat tepi tong sampah,letak kat tepi masjid,merata-rata.Adik malu mak,..adik malu dengan sikap mak dan abah yang tak bertanggungjawab,ni kah kasih sayang kalian?mak adik sedih..apa yang adik nak jawab depan Allah nanti..

bayangkan anak-anak ini membesar..perjalanan kisah lagi hebat daripada kita yang dah punya mak ayah..

hikmah kehidupan~satu pilihan

contoh terbaik,ISLAM anjurkan didiklah anak ini dengan cara ISLAM..




Hitam putih kehidupan.warna warni kehidupan juga umpama warna yang lain.Tapi dua warna ini menjadi pilihan,kerana inilah dua warna yang paling dekat dengan jiwa manusia.Antara dosa dan pahala.Antara halal dan haram.Antara baik dan buruk.Itulah yang Allah tunjukkan kepada kita untuk menilai.BAGAIMANA kita menilai pemberian hikmah Allah kepada kita.BAGAIMANA kita belajar dan terus belajar daripada kehidupan ni.KEHIDUPAN ITU SATU PILIHAN.Aku tak bersyukur selami ini???Aku sering alpa..aku lupa mengahargaimu ya Allah.Bila berjaya/kaya dan bahagia, aku bangga.Aku lupa ini nikmat daripadamu.Bila aku gagal,aku mula tercari-carimu meminta bantuan.


Hitam putih kehidupan.Lihat bagaimana kita mencorakkan kehidupan yang dipilih.Ya ALLAH tunjukkan aku jalan yang lurus.Aku melihat dunia hari ini,Islam bukan pada paksinya.Aku seorang pengembara yang mencari erti kehidupan untuk  menilai,belajar.Mungkin dalam sepanjang perjalanan ,aku punya kesalahan ku sendiri.tersimpang dalam melayari kehidupan ini.Aku tersesat dalam menuju perjalanan yang ada pasang surutnya.Ternyata,kehidupan aku sebagai pengembara di dunia sementara,kehidupan itu satu pilihan.Moga perjalanan yang dan jalan dipilih adalah yang terbaik buatmu ya Allah.Teruskan perjalanan ini adakala ianya pahit ditelan,anggar hujung nant ku terasa manisnya mujahdah ini.

wassalam.peringatan buat diri yang alpa.

mood;busy dgn dunia,busy dgn  Allah?bila?hanya sekadar solat,puasa dan biasa2 semata-mata?renung2kan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...