cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Friday, November 25, 2011

Sejauh manakah makna hijrah bagiku?

Assalamualaikum sahabt2 sekalian.Alhamdulillah dengan limpah dan rahmat Allah,insya Allah,ana nak berkongsi sedikit pencerahan bersama.Menulis memotivasikan CINTA Allah.Menulis mencari  dan terus mencari Hikmah Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.,ahli sahabat Baginda dan para sahabat2 Baginda yang membawa obor 2 panji Islam menegakkan kalimah Allah dibumi milik sepenuh kepada yang Esa.



Insya Allah,ana try berkongsi makna Hijrah yang ana ingin kongsi bersama antum semua.Subhanallah,Hikmah yang ingin Allah tunjukkan kepada hamba-Nya begitu besar maknanya.Syukur kepada-Nya,kita dengan Nikmat ISLAM dan IMAN.Kita Imbas semula,revise semula PERISTIWA HIJRAH Nabi Muhammad S.A.W.Teringat pula lirik nasyid yang setiap kali kedengaran TV sempena menyambut MAAL HIJRAH..
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
                                                       ***********************




Kamal seorang pelajar lelaki lepasan sebuah sekolah cemerlang.Suka melepak hingga larut malam..Solatnya kurang dijaga.Batas pergaulan bersama kawan berlainan jantina pula,kurang dijaga..(malsalah ikhtilat.Suatu hari,dia diberi mimpi HIDAYAH daripada Allah.Mimpinya pula menakutkan.Saban hari dia memikirkan makna mimpinya itu.APAKAH MAKNA MIMPI INI?Sikap menyendirinya semakin ketara sehingga disedari oleh rakan rakannya.Suatu pengalaman yang tidak dapat dia lupakan ialah dia diberi petunjuk oleh Allah semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.Rumahnya berhampiran dengan surau.Dia lihat ramai anak-anak kecil siap berpakaian Sunnah(jubah putih,serban dan rida').Rupanya adik-adik tu pelajar pengajian pondok,berqasidah di surau itu.Sejuk hatinya mendengar Qasidah itu.

    "Subhanallah,jahilnya aku sebelum ini,Ya Allah,ampunilah aku,terima TAUBAT ku ya Allah"

Alhamdulillah,perubahan HIJRAH ini,di dapat rasakan sesuatu selepas dia dapat tawaran ke bumi uia,menyambung belajar di CFS iium,Mengenal UKHWAH FILLAH dan Jalan Tarbiyyah bersama-sama sahabat baru disana.Alhamdulillah,dia berusaha ISTIQAMAH dalam menghadiri majlis Ilmu.Dia berazam menjadi lelaki yang SOLEH dan mahu memperbaiki dirinya.Meneruskan pengembaraan HIJRAH mencari cinta Allah.




"Dan jiwa serta penyempurnaannya,maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasiqan dan ketaqwaan,sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya." (As-Syams:ayat 7-10)

                                                                  *************

Situasi sebentar tadi hanya guna nama samaran sahaja.Tiada kaitan antara hidup dan mati.Sebagai contoh situasi.PERUBAHAN HIJRAH. daripada yang kurang kepada lebih baik.Perubahan diri,mengislahkan diri,memperbaiki diri menjadi lebih baik.kita renungi firman Allah S.W.T:

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” 
(Surah al-An’am, ayat 125).

Ana nak kongsi kisah sedikit,tentang kelahiran bayi.Subhanallah sama-sama kita renungi kebesaran ciptaan manusia oleh Allah S.W.T.Kelahiran bayi yang umpama kain putih yang bersih,suci tiada noda Dosa yang mengalir.Ana dan keluarga menziarah keluarga ana,anak kakak tu kurang sihat,baru bbrp hari dalam pantang.nama anaknya HUSNA HUMAIRA,Comel sangat.insya Allah mudah-mudahan HUSNA menjadi seorang yang baik,kerana maksud namaya BAIK..insya Allah doa tu,bila orang menyebut namanya.
mimpi yang Indah ye Husna Humaira
 


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... 
(riwayat Bukhari dan Muslim)





Husna humaira sedang diperdengarkan ayat Al-Quran,khusyuk dia mendengarnya..=)


Semasa ana menziarah di wad tu,apa yang ana nampak dalam bilik bayi-bayi yang baru lahir tu,Subhanallah,rasa sejuk saja melihat adik-adik2 ni.Kelahiran mereka membuat kita berfikir semula,berfikir sejenak tentang kelahiran aku ke dunia ini.Kelahiran aku di bumi Allah,penghijrahan diriku.Subhanallah luas CINTA Allah dengan erti kelahiran itu.Bayi yang baru dilahirkan diperdengarkan Azan bagi lelaki dan Iqamat bagi yang perempuan.Kalimah TAUHID diperdengarkan.Adik husna,comey..=)

Sama-sama kita muhasabah kembali selama masa umur yang telah diberikan Allah ini,kita fikir sejauh manakah makna HIJRAH pada diriku ?Insya Allah,kita perbaiki niat kita semula,mudah-mudahan kita berusaha untuk ISTIQAMAH dalam perkara kebaikan yang ingin kita mahu laksanakan.MUAJHADAH ITU PAHIT,Insya Allah MANIS DIPENGHUJUNGNYA.Salam Maal hijrah buat sahabat-sahabat yang menegenali diri ini.




Friday, November 18, 2011

Ukhwah bersulamkan Akidah...terasa manisnya..


Ukhwah yang terjalin kerana cinta-Nya
dapatku rasakan kemanisan dan kepahitan dalam menjalin persahabatan menuju redha-Nya
Ukhwah yang terjalin bersama kalian membuatkan ku sentiasa berfikir
berfikir untuk memberi daripada menerima
berlapang dada dan bersangka baik dengan hati2 manusia
membina minda positif bahawa Allah sedang mentarbiyyah seorang melalui orang sekelilingnya..
Allah mengajarku apa erti ukhwah yang selama ini yang ku idamkan dan ku ingin kurasakan
bersyukur kepada-Nya kerana bersama kalian ku kenal erti perjuangan Islam
erti untuk bersama dalam perjuangan bersama-sama sahabat sefikrah
bersama kalian aku terus mencari identiti diri ini
melangkah dan terus mengorak langkah mencari hikmah cinta-Nya
Aku dapat rasakan aku tidak mampu keseorangan dalam erti mengenal jalan perjuangan ini.
kalian bayangkan serigala yang kelaparan mencari makanan dan mahu makan biri
serigala itu sudah pasti takut untuk menghampiri kelompok biri-biri yang banyak 
manakala bayangkan pula jika kambing biri-biri itu duduk keseorangan,
nah sudah pasti biri-biri itu nahas dibahamnya..
begitulah gambaranya..
menncari sahabat yang sama-sama membantu kita mencari CINTA dan REDA-Nya..



sungguh INDAH UKHWAH
BERSULAMKAN AKIDAH

disini bermula ku kenal erti UKHWAH ISLAMIAH..~~





renungi sejenak surah As-saff  ayat 4:


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...