cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Saturday, December 15, 2012

cinta Rasul:jom kita selawat!


 
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم 

assalamualaikum,ana copy nad dr satu blog ini.

http://ukhti27.blogspot.com/2012/08/seputar-cinta.html

jom kita kenal habib.siapakah habib ini?habib ini adalah gelaran yang diberi bg mereka yang khususnya ada salasilah keturunan Rasulullah..

jubah berwarna coklat itu,nama beliau ialah.. al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman al-Musawa

kemudian yang berjubah putih itu ialah  al-Habib `Ali Zainal `Abidin ibn `Abdurahman al-Jifri








❝ Segala Puji bagi ALLAH سبحانه وتعالى diatas ni`mat kecintaan kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Kecintaan yang berada dihatimu besar ataupun kecilnya, itu adalah khabar gembira bahwa kau mempunyai sambungan yang tidak terputus dengan cinta Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم kepadaMU...❞
- Guru Mulia al-Habib `Ali Zainal `Abidin ibn `Abdurahman al-Jifri حفظه الله تعالى (duduk dibahgian kanan)


 ❝ Cinta kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah bentuk cinta kepada ALLAH سبحانه وتعالى, karena Nabi adalah Ciptaan ALLAH dan yang mencintai ALLAH pastilah ia mencintai orang yang paling Dicintai ALLAH, yaitu Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.❞

- Guru Mulia al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman al-Musawa حفظه الله تعالى (duduk dibahgian kiri)




 Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh²
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ...

wallahualam..


Tuesday, December 11, 2012

cinta qasidah:laukana bainana





Lirik Lagu Lau Kana Bainana

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الحَبِيبْ

Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat

لَدَيْنَا القَاصِي وَالقَرِيبْ

Dari Taibah sebelum Maghrib

مِنْ طَيْبَةِ قَبْلَ المَغِيبْ

Berkehendakkan dekat dengan Kekasih

طَالِبًا قُرْبَ الحَبِيبْ

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang

بِقُرْبِهِ نَفْسٌ تَطِيبْ

Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya

فَتَدْعُ اللهَ يُجِيبْ




Cahayanya mekar takkan padam

أَنْوَارٌ طَاحَ لاَ تَغِيبْ

Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab

بَلَغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبْ

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih

فَدَتْكَ رُوحِي يَا حَبِيبْ

Muhammad yang memuliakan orang asing

مُحَمَّدٌ مُكْرِمُ الغَرِيبْ

Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang

بِقُرْبِكَ الرُّوحُ تَطِيبْ

Wahai rahmat sekelian alam

يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينْ

Sunday, December 9, 2012

coretanku:disaat rahmat Allah menyapa hati kita...




Assalamaualaikum...
bismillahrirahmanirrahim...



berbicara,menulis,mahu memotivasikan erti makan kehidupan kurniaan Allah ini..

ingat tanpa dengan rahmat Allah,kita mungkin tidak akan ada disaat ini...

malah,daripada apa yang ana dengar,Allah tidak melihat amalan kita sejauh mana untuk masuk syurga.hanya dengan RAHMAT Allah sahaja dapat seorang hamba dapat masuk ke syurga..

kita tidak tahu sejauh penerimaan amalan kita di pandangan Allah..
bermohonlah kita sentiasa ,untuk beramal dan terus beramal dengan mengharapkan rahmat Allah..

saya ambil contoh kata habib ali zainal abidin semasa um berselawat..
manfaat kita jika menghadiri majlis Ilmu,tanda KASIH SAYANG Allah pada kita


"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid







 ini gambar semasa Habib Ali Al Jufri, di uia gombak...
...

buat sahabat sekalian,ketahuilah saat hati kita disapa oleh rahmat Allah,syukurilah,kerana ANDA DALAM PILIHAN ALLAH..

mengapa harus ragu?mengapa terus banyak persoaln? 
lihatlah dengan pandangan hati...
saat Allah memberi ilham kepada kita,ketahuilah Rahmat Allah sedang menyapa kita..
sesungguhnya nikmat-Nya,membuatkan kita makin dekat padaNya..
saat ujian menyapa diri kita,ketahuilah itu juga Rahmat Allah..
kerana...
disitu hati kita diuji untuk terus mencari jalan mujahadah..
terus memburu cintaNya..
dengan syarat,..

ILMU..

pesan Imam Ghazali,ada 3 ilmu yang perlu kita kukuhkan sebelum saat kematian:
-Ilmu TAUHID(ilmu untuk mengenal Allah,ilmu akidah)
-Ilmu FIQH(ilmu berkenaan hukum hakam dalam soal ibadah seharian)
-Ilmu TASAWUF(Ilmu sufi,akhlak dan adab dalam seharian kita)

ketahuilah sahabat2ku..disaat Allah memberi rahmat pd kita, itu tanda Dia Maha Penyayang pd hambaNya yang beriman..

saya nak promote buku terbitan dr murabbi,baru sahaja keluar dalam tempoh bbrp bulan yang lalu..








boleh dapati dikedai buku berhampiran..
pengarang buku ini,USTAZ MUHADIR HJ JOLL,pensyarah uia petaling jaya,jabatan ilmu wahyu..

ketahui sahabat2,seseungguhnya nikmat Allah bagi kita saat ini dan ketika ini,ingatlah hanya dgn rahmat Allah,..

sama2 kita renung..

jaga hak Allah,Allah akan jaga hak kita..

nikmat yang paling besar,adalah nikmat ISLAM...
 doa yang sering diajar oleh RASULULLAH..

Ya ALLAH tuhan yang Maha membolak-balikan hati manusia, tetapkanlah hati kami atas agamaMU dan ketaatan padaMU...




wallahu'alam..

Saturday, December 8, 2012

majlis ilmu..maulid bulanan di Darul murtadza,setiawangsa

"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
-
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid



Friday, December 7, 2012

coretanku:bersabar duhai hati ..

Assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim..

menulis kembali menulis memotivasikan diri kita untuk terus muhasabah dalam meniti kehidupan ini..

niat itu kunci pintunya,membuka lebar pintu permulaan dan melihat satu pengakhiran..


sebuah bingkisan puisi buat kalian..



hidup ini,lihatlah dari sudut niat kita.
kerana apa?
untuk siapa?
perlunya apa?
hidup tanpa matlamat umpama kita menaiki kapal yang hebat diluar
tp tidak tahu pandunya ke arah mana,
pengahkhirannya dimana..
bekalkan iman dan taqwa,itu yg bakal dibawa..

buat sahabat-sahabatku..
disini Allah mentarbiyyah jiwa kita,
erti ikhlas...
sabar..
redha...
kemaafan...
takdir..
dan lain-lain
ujian itu bukan dikira,susah sahaja..
tpi yang senang pun ujian..

duhai hati yang ego ini
bersabarlah..
bersabarlah...
tahanlah api kemarahanmu..
cekallah hatimu..
dalam meniti jalan ilmu ini..
lawan nafsu dan kehendakmu yang bermaharajalela itu..
ayuh ,kita bina sabar ini dalam jiwa..
lepaskan sesuatu yang belum pasti..
jangan terlalu menggunung pengharapanmu pd makhluk,nescaya rasa kecewa selepas itu..
letakkan Allah dan Rasul di hatimu..
saat dikau rebah,bangkitkan jiwamu dengan solat dan zikrullah..
daku teringat pesanan habib ali al jufri dalam satu seminar,ayat terakhir beliau katakan..lawanlah nafsumu..

jawapan itu ad pada diri kita,sahabat-sahabat..
sama-sama kita,berusaha perbaiki diri..
mungkin ini coretku terakhir..
pesan guruku...
"teruskan menuntut ilmu...,carilah ilmu,teruskan bertalaqi.(pengajian bersanad),lawan nafsumu itu"-murabbi ustaz Muhadir hj Joll

coretan meniti jalan ilmu

ilmu menuntun kehidupan kita-pesan tuan guru syeikh nuruddin..

sufi wa haraki...-ditarbiyyah untuk mentarbiyyah

wallahualam..

Thursday, December 6, 2012

cinta Ilmu:Ilmu dan Wara’

Bismillahirrahmanirrahim...




Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.
Ilmu dan Wara’

1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun, syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu haram.

2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah, blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti. Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar belakangnya.

3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.

4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai 13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.

5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2 kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka renungkanlah kembali.

Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad
 
kongsikan bersama dr nota sahabat ana,adik amira azhar..
 

cinta qasidah:Ahmad ya Habibi

layan qasidah jom(^_^)v


boleh tekan link ni..ini di majlis qasidah bulanan  didarul murtadza,setiawangsa,pengasas majlis ilmu ialah habib Ali zainal abidin abu bakar al hamid..


Monday, December 3, 2012

coretanku:sudah ikhlaskah kita?

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirrahim,selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga dan para sahabat Baginda..

ingin berkongsi kisah sedikit pengalaman semasa dengan keluarga semasa ke suatu tempat di jb.masa itu sedang menunggu giliran untuk urusan di tabung haji di larkin,ana dan ibu ana duduk diluar bangunan,..

tiba-tiba ana,terlihat seorang nenek tua yang jalan melalui ruang bangunan tersebut,sambil ditangannya,ad sebungkus plastik makanan dan sebungkus plastik yang berisi tin-tin kosong.

dalam hatiku membisik"dr mana makcik ini,dan mahu kemana..?"

tiba-tiba dengan keadaan beliau yang agak perlahan berjalan,sambil tersenyum melalui dihadapanku,nenek itu menyapa dan menghulurkan tangannya kepadaku,bersalam..

"Assalamualaikum...",nenek itu menyapa sambil tersenyum.
"waalaikumussalam,nek"
"nenek dr mana?"soalku.

nenek itu hanya tersenyum,sambil mengangkat tangannya yang berisi tin-tin kosong.

aku tergamam seketika.melihat kudrat nenek itu,barangkali nenek ini sedang mencari tin-tin kosong untuk di jual,hasil duitnya untuk simpanan beliau..

hatiku berbisik "jauh lagikah nenek itu mencari tin-tin kosong,ya Allah..bantu nenek itu ya Allah"..

kulihat nenek itu terus berjalan meninggalkanku..

cuma aku tergamam dengan nenek itu,bersalaman denganku dan mengukir senyuman,tanpa minta dibalas senyuman itu..

ya Allah,andai nenek itu lebih ikhlas dalam mencari nafkah buat simpnan dan tanggungannya,subhanallah,itu lebih Engkau kira,.

dan sesuatu yang timbul didalam fikiran ku selepas nenek itu berlalu pergi adalah..

soal ikhlas ,ikhlas dalam tindakan walaupun dalam sekecil perkara sekalipun..

teringat kata2 tuan guru syeikh nuruddin,beliau berkata jangan kita meremeh2kan perkara yang remeh temeh,

malah dalam ayat quran
 Seperti Firman Allah;

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
  
itu sahaja perkongsian dariku,boleh jdi ini adalah coretan perkongsian yang terakhir..
semuanya,bermula dengan niat..
 jom tajdid niat..
wallahualam..

cinta Rasul:Keindahan Senda Gurau Rasulullah s.a.w.

Cuba anda perhatikan bagaimana indahnya senda gurauan Rasulullah s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan bahawa seorang tua perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka baginda telah bergurau dengannya dengan berkata: Orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu! Lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala.
“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.”  (al-Waqi’ah: 35-36)
Dalam sesuatu peristiwa yang lain, diceritakan bahawa ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Suamiku menjemputmu ke rumah! Baginda lalu berkata: Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu? Perempuan itu menjawab: Demi Allah, mata suami saya tidak ada putih-putih. Kemudian baginda berkata lagi: Bahkan di matanya ada putih-putih. Perempuan itu tetap menolak dengan berkata: Demi Allah, tidak. Maka barulah Rasulullah s.a.w. menerangkan lagi: Malah setiap orang memang ada pada matanya putih-putih. Maksud baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.
Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah s.a.w. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.
Berkata Anas: Abu Talhah mempunyai seorang putra yang dipanggil dengan nama Abu Umair. Rasulullah s.a.w sering datang kepada mereka dengan berkata: Wahai Abu Umair! Apa khabar anak burung engkau? Kerana Abu Umair memang suka sangat bermain-main dengan anak burung tersebut.
Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda) telah mendahului saya. Kemudian baginda berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.
Siti Aisyah bercerita lagi: Pada suatu hari isteri baginda Saudah binti Zam’ah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka saya pun buatkan makanan khazir, dan bawa makanan itu seraya berkata kepada Saudah: Makan! Saudah menjawab: Saya tak suka makanan ini! Maka saya berkata kepadanya: Demi Allah engkau mesti makan makanan ini, kalau tidak aku akan lumurkan mukamu dengannya. Saudah masih enggan memakannya seraya berkata: Saya tidak ingin memakannya. Maka saya ambil sedikit makanan itu dari dalam piring lalu saya tonyohkan ke muka Saudah, padahal Rasulullah s.a.w. sedang duduk di antara saya dengan Saudah, kemudian baginda merendahkan lututnya untuk Saudah supaya ia boleh membalas. Saudah terus mengambil sedikit makanan itu dari piring, lalu melumurkan muka saya pula. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. hanya ketawa saja.
Dari Abu Salamah pula: Rasulullah s.a.w. sering memanjakan cucuandanya al-Hasan bin Ali r.a dengan menjelirkan lidah kepadanya. Apabila al-Hasan melihat keadaan itu ia ketawa gembira.
Berkata Uyainah al-Fizari: Demi Allah, saya mempunyai seorang anak saja, sekarang ia telah berkahwin dan telah tumbuh rambut mukanya, tetapi saya tak pernah menciumnya sama sekali. Maka baginda pun bersabda:

Siapa yang tak mempunyai belas kasihan, tak akan dibelas kasihani.”
Semua sifat-sifat kelemah-lembutan ini berlaku pada golongan kaum wanita dan kanak-kanak kecil. Rasulullah s.a.w telah memperlakukan yang demikian kepada mereka kerana memandangkan lemahnya hati mereka, bukan kerana kecenderungannya kepada senda gurau semata-mata.
Pernah sekali Rasulullah s.a.w. berkata kepada Suhaib yang sedang makan korma, padahal ia terkena sakit mata. Kata baginda: Boleh makan korma juga? Bukankah matamu sakit? Jawab Suhaib: Saya makan dengan sebelah mata saja, wahai Rasulullah! Mendengar jawapannya Rasulullah s.a.w. tersenyum saja. Dalam setengah riwayat pula sehingga kelihatan gigi serinya.
Nu’aiman al-Ansari adalah seorang yang suka bergurau. Tiap-tiap kali ia datang ke Madinah ia membeli sesuatu barang di pasarnya, lalu membawanya sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: Wahai Rasulullah! Saya telah membeli ini dan saya hadiahkan untukmu. Sekejap lagi datanglah tuan puya barang itu menuntut harga barang yang dibelinya tadi, maka ia membawa orang itu menghadap Rasulullah s.a.w. dengan berkata pula kepada baginda: Wahai Rasulullah, bayarkanlah harga barang tadi. Baginda pun bertanya kepada Nu’aiman: Bukankah barang itu engkau berikan kepada aku sebagai hadiah? Nu’aiman menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Tetapi saya tak punya harganya dan saya suka tuan hamba memakannya. Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w. hanya ketawa, dan segeralah Baginda membayar harganya.
Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.

sumber:pondokhabib.
 http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/07/keindahan-senda-gurau-rasulullah-s-a-w/

Sunday, December 2, 2012

cinta ilmu:Adab-Adab Menuntut Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki




Tajuk : Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
catatan daripda sahabat ana,adik ukhti amira..

Sunday, November 25, 2012

cinta qasidah:YA HA NA NA..(BERUNTUNGNYA KAMI)


JOM kenali qasidah..





link video:


selamat mendengar..insya Allah akan update next qasidah ..

kata-kata guruku.."qasidah itu melembutkan hati"-al faqir ustaz muhadir hj joll

dipimpin untuk memimpin...

Assalamualaikum ..
Selawat dan salam ke atas junjungan  Nabi muhammad,ahli keluarga,dan sahabat Baginda..













 Awal Bismillah pembuka bicara..
sedikit perkongsian aku sebagai insan hamba Allah,tuga ku sebagai anak,tugas aku sebagai khalifah  yg diciptakan Allah untuk mentadbir bumi ini,amanah yang cukup buat kita semua sbg hamba..

tanggungjawab sebagai pemimpin cukup berat..
kenapa berat??
sebab ia satu amanah..
teringat kata2 ustaz pahrol dalam buku..nota hati seorng lelaki..
oppss..ada apa dengan isinya..kalian kena bace dahulu..best ana katakan..






"kalu kita berhenti belajar memipin ertinya kita berhenti belajar memimpin diri kita sendiri"..



tidak kisahlah memimpin apa sekali,bukan kerana ana memimpin kerana manusia,tp antum,kalian memimpin diri kalian..
jika rasa gagal dalam memimpin itu ternyata kita manusia yang sering punyai kesilapan,
jadi bila ditugaskan  sebagai pemimpin,usah EGO dengan dirimu..
kenapa EGO??rasa lebih hebat??
mulut yang berkata ini lebih dekat pada telinga yang mendengar..
ya  EGO  dalam diri manusia tersemat didalam hati..
rata2 ana melihat jika dalam kuaa kepimpinan ini,semua ingin rasa menguasai dalam satu hal..TAMAK,diistilahkan..
TAMAK kerana apa??
key word nya"PENGARUH DAN PERHATIAN"
licik sungguh bisikan syaitan..
DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN...

tanya semula pada diri..
aku memimpin KERANA APA DAN UNTUK SIAPA???
MATLAMAT AKU KERANA APA???
TANGGUNGJAWAB AKU NI AKAN DITANYA SEMULA KAN,OLEH SIAPA??
even sekecil2 perkara,kita harus lihat..
hanya RASULULLAH sahaja yang maksum,
KITA NI??
BAGINDA SESEMPURNA AKHLAK YANG PATUT KITA IKUTI DAN CONTOHI..
..jadi tanyakan semula pada hati kita,..
KENAPA AKU DILANTIK SEBGAI PEMIMPIN,EVEN TIDAK DILANTIK PUN,AKU MASIH LAGI PEMIMPIN..
PEMIMPIN PD DIRI KU SENDIRI..
DITARBIYYAH UNTUK MENTARBIYYAH..

nak kongsikan bbrp kata2 ..=)muahasabah kita bersama,insya Allah..






Monday, November 19, 2012

jawapan itu ada pada kamu....

Assalamualaikum,selawat dan salam  keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,ahli kerabat dan sahabat Baginda,.bismillahirahmanirrahim..

Bicara soal hati itu rumit bagiku,hakikat sebagai insan
Hamba kepada pemilik hati ini
Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Bicara dengan dirimu saat jiwa terasa resah
jika jauh dari-Nya
Tanyakan pada jiwamu,duhai sahabatku
apa yang serabut dan celaru dihatimu dan hatiku jua
usah menunding jari masalah itu pada kesilapan orang
jika hatimu masih dihantui dengan sikap ego yang mengalasi
dan masih menguasai dirimu untuk bersuara
ini salahku,ini dari kesilapanku sendari  tanpa kusedari
aku lupa siapa diriku,asalku ...
jawapan itu ada pada dirimu..

Benar aku ego,nafsuku menguasaiku,aku ego untuk mengatakan aku salah,
aku ego dengan Khaliq,aku lupa..
ya sahabatku ego itulah yang meracuni jiwa kita..
bicara hati itu sulit untuk ku ungkapkan...

bicara hati dan seumpamanya itu,tanya pada diri kita..
DiMana Aku meletakkan cintaku pada-Nya...
Dimanakah aku meletakkan rasa rindu pada Kekasih-Nya.
jawapan bicara hati itu terletak dalam jiwa kita dengan Dia yang Maha Esa..
kematian itu sentiasa dekat padamu,tanya hatimu..
aku jua merasakannya sahabat..
moga aku dan kamu sama2 berusaha memperbaiki diri,membetulkan niat hanya
hati ini untuk Dia dan rindu mahabbahku pada Kekasih-Nya...



Sunday, July 1, 2012

Aku ingin bebas berlari


 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...alhamdulillah...menulis kembali sambil menafsir erti makna kehidupan anugerah Allah ini..

Melihat dunia kanak-kanak,suka kita melihat depa,keriangan,ketawa,menangis,merajuk..sedang belajar menghargai  kehidupan..merangkak kenali dunia rebina mereka..

Rasulullah suka kanak-kanak.cucu Baginda hasan dan husin..

pertemuan dgn kwan2 antara kegemaran mereka..bercerita sesama mereka..itu dan ini..
ni anak sepupu kpd mak saya..

gembira mereka dgn kwn2..keletah mereka..kdng2 pening juga dgn anak-anak kecil(kanak2 rebina)..huhu..tp mereka lah pelengkap kecerian dunia..

anak-anak sumber inspirasi ibu dan ayah,anak-anak kecil ini sedang belajar berlari..berlari mengenal dunia riang mereka..

sesuai Allah cipta manusia berperingkat thp tumbesaran..bermula dgn alam roh>>ke alam nyata>>janin>>bayi>>kanak2>>remaja>>dewasa>>warga tua>>kembali ke alam barzarkh>>alam abdi--akhirat

Subhanallah zaman kanak2 pasti kte sukar lupakan..=)


Aku ingin berlari..dan terus berlari..

Aku suka main,ketawa,menangis,mencuit orang,nak itu dan ini..

Aku ingin terus berlari,merasai kebebasan ini...bebas aku berlari mengenali diriku semakin membesar...

Aku bersyukur ya Allah,Kau beri aku peluang hingga ke saat ini..

Aku mengenal diriku..semakin ku berlari,aku kerap jatuh sebelum sampai ke garisan penamat..

Aku tidak mengalah..aku teruskan jua..kadang2 aku menangis merengek saat aku jatuh..

tp,Aku teruskan jua.

Saat aku jatuh aku mengenali potensi ku,aku lemah ketika aku jatuh.aku tak kuat Ya Allah..

sungguh aku adalah milik-Mu...

bawa lah aku ya Tuhan,terus mencari disebalik erti "berlari " aku ini..

ingin aku teruskan larian ini sampai ke garisan yg dituju..

terima kasih,alhamdulillah..

Kau beri aku peluang berlari menikmati erti kehidupan ini..

satu pemberian nikmat-Mu..


 



Saturday, June 9, 2012

Pejamkan matamu 5 minit ..


firmankan Allah SWT dalam Surah Ar-Rad Ayat 28 bahawa “Hanya dengan mengingati Allah SWT, hati menjadi tenang.” 




Bismillahrrahmanirrahim...

Assalamualaikum..w.b.t
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga ,dan para sahabat Baginda

Alhamdulillah,kurniaan rahmat-Nya kita masih boleh bernafas.Dengan Kasih-Nya jua kita masih lagi mampu mengharungi kehidupan ini sebaiknnya.Sepanjang kehidupan ini,sudah tentu pelbagai cabaran yg berperingkat yg sudah kita tempuhi,bermula fasa anak kecil,dibangku sekolah rendah dan menengah,mengenal dunia disaat di sekolah menengah,antara memori yang  cukup kita takkan lupa even kita dah masuk u sekalipun.Saat teringat zaman sekolah dahulu,dengan kawan-kawan kita bermain dan belajar bersama-sama.Istilah cinta Monyet dan zaman gila-gila kita..huhu...memori sekolah yang kita katakan zaman budak mentah.

Kini,usia meningkat pra dewasa,20 tahun ,alhamdulillah.sudah menjangkau 20 tahun aku mengenal dunia yg semakin singkat kita rasai.Kemudian sebut tentang ujian sebentar tadi,pasti ujian pada fasa berlainan pula berbanding fasa2 usia kita sebelum ini.

Sahabat-sahabat,
Agak-agak sudah berapa banyak kita jatuh dan bangun dalam merantau erti kehidupan ini.Sudah berapa bnyak anak tangga yg sudah kita gapai dalm kehidupan ini.kasihi.Kita selalu dengar adakala kita di atas dan adakala kita dibawah,dunia umpama roda yang berputar.Menafsir kehidupan ini satu fitrah insani.Sahabat-sahabat diusia ini,kita adakala terleka,bermain dengan hayalan yang kita impikan.umpama angan-angan mat jenin dikatakan.Bnyak impian yang kita impikan diusia baru mengenal erti membina kematangan diri.

Sahabat-sahabat 
apa erti hidup ini?Erti hidup memberi,pernah dengar kan?Ana tertarik kata ini,yg rupanya daripada pepatah arab dan menjadi tema kata-kata yang cukup indah pada blog ustaz Hasrizal.Erti hidup memberi,hanya 3 perkataan sahaja sudah menggambarkan maksud tersiratnya.Sesungguhnya,Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-Nya.Hidup didunia ini umpama kita bercucuk-cucuk tanam sebelum membawa hasilnya kebunnya ke ladang akhirat.

Sahabat-sahabat,
Pernah kita mengeluh dalam kehidupan ini?ya kita pernah mengeluh sahabat.Kadang-kadang kita lemah sedikit kita mengeluh,kita bimbang dan risau dalam sesuatu perkra.Kenapa?Fitrah manusia yang lemah bila diuji.Akal tidak mampu menguasai hati kita saat tersebut.Dalam mencapai sesuatu kesempurnaan itu atau keinginan itu sendiri,kita pasti diuji.sejauh mana kemampuan kita.Darah muda yang mengalir ini adakala tercabar dengan sesuatu keadaan.kita lupa nak merawat hati kita saat itu.Kita marah,sedih dan semua peraasan kita serta nafsu perasaan yang tidak stabil.

                                                                  ***********
 
 "Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atas mu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'." - surah Hud [11]: 52).


Sahabat-sahabat,
Cuba pejamkan 5 minit kejap,saat anda rasa kesukaran menimpa dirimu,waktu itu,tarik nafas sedalamnya dah hembuskan ia sebaiknnya.pinjamkan 5 minit anda untuk bermuhasabah.ucapkanlah ...ALHAMDULILLAH.(segala puji hanya bg Allah).Pinjamkan 5 minit anda untuk lapangkan dada jika anda berasa sukar menerima sesuatu yg perit bgi anda.

Dan jalan terbaik,berwudhuk lah..insya Allah.ketenagan dapat dirasai.Pinjamkan 5 minit anda untuk bermuhasabah.Yakinlah aku sedang diuji ini,aku sedang merasakan ini kasih drpada Sang Pencipta.Dia tahu apa yang terbaik buat diri.Saat kita berasa sukar membuat keputusan juga.Adakala kita rasa hampir putus asa,atau geram..Jadi pinjamkan 5 minit anda ,dengan memejamkan mata,minta pada-Nya.Pasti kita dapat rasakan jawapan nya.khair insya Allah,hanya 3-5 minit dengan pejamkan matamu .rasakan ketenangan mu dengan katakan "Ya Allah,Kau sentiasa ada dalam diriku"...insya Allah...=),tapi janganlah saat kita sedang berjalan tiba-tiba kita berhenti sebentar untuk pejamkan mata.tp ambil lah masa disaat kita sedang duduk atau baring,huhu..ok.insya Allah.muhasabah itu sentiasa ada dan perlu hadir dalam diri kita,agar ia sentiasa mengawal nafsu kita yang kadang-kadang terlebih saat bertindak.Akhir kalam sama2 kita usaha selalu hati dihidupkan dengan ZIKRULLAH.....wallahualam..


Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka."


-merindui bumi tarbiyyah cfs...

Thursday, June 7, 2012

AKU TERIMA LAMARAN INI..

                                                           



                                                            Bismillahirahmanirrahim


Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Ahli kerabat dan Sahabat Baginda yg meperjuangkan Islam

Duhai diri ,tabahkan kah engkau?
Andai diri dilamar oleh lamaran erti perjuangan?
Andai ini langkah permulaanmu,ayunkahlah kakimu seiring dengan nadimu,setiap degupan jantungmu
dengan tarbiyyah hati kerana perjuangan ini kerana-Nya

Mungkin ini sebagai langkahmu saat diuji dengan kegagalan,kemewahan,kecantikan
semua yang berkaitan duniawi yang ingin meracuni hati dan mindamu
pandamkanlah ia dengan disuburi bekalan amalan 
yang sentiasa membawa dirimu sentiasa dekat kepada Illahi
Andai dirimu lemah ,mungkin engkau tidak mudah perit menerimanya
kerana Dia sentiasa ada dalam dirimu
Dia tidak jauh dari,andai dirimu berusaha dan terus berusaha dekat pada-Nya
Dia wujud dihatimu,duhai diri ini
Engkau tidak mengalah
Malah jangan menjadikan alasan dunia itu engkau berhenti menerima lamaran perjuangan pesan diriku
teruskan lah jalan duri ini,yakinlah jalan ini
Dia yang memberi kekuatan dan kemampuan kepada dirimu untuk terus melangkah
fikirlah jauh kehadapan,berusahalah memberi harapan bukan mengeluh dengan kekusutan
pasti ada jalan2 yg ingin Dia tunjukkan dalam
jalan ERTI PERJUANGAN ini...


Duhai diriku dan dirimu
Andai kau diuji dengan dunia,itu bukan bererti kau terus hanyut,dan lalai terhibur dengan tipuan dunia
pujuklah hati ini,bukalah hatimu seluas-luasnya
dunia ini ladang kepada akhirat
perjalanan menerima erti jalan perjuangan ini sungguh jauh inginku katakan
kerana perjuangan ini lah yang menguji nafsu manusia yg fitrah nya memang tidak lari dari dirinya
andai aku berat menerima lamaran ini
cheklist semula hatimu,adakah aku benar2 mengerti erti jalan perjuangan ini
memimpin diri dan orang lain mengenal Illahi
adakah kau sanggup dirimu terkorban dan berkorban untuk orang lain?
sedarlah sahabatku,relakah kita???
jadi,kenapa Allah menciptakan kita,kalu bukan sama-sama memimpin yg lain ke jalan Syurga

Saat diri mengenal jalan dan lamaran perjuangan ini
Dia sentiasa menguji dan menapis kita

ADAKAH AKU IKHLAS DALAM JALAN JUANG INI?

ADAKAH AKU INGIN KELIHATAN HEBAT DIMATA LUAR SANA,AKU YANG TERBAIK DALAM SESUATU PERKARA??

ADAKAH AKU BENAR2 SUDAH RASA AKU TELAH BERADA PADA KEDUDUKAN YANG SANGAT SELESA DALAM LAMARAN PERJUANGAN INI?

muhasabahlah kembali diri bersama
dijalan ini kita sentiasa teruji dan duji
teruskanlah dirimu dijalan ini,walau bnyak perkara yang berusaha menggangu jalan ini
ingatkanlah sentiasa hati ini
mahbbah cinta pada RASULULLAH..
masya Allah,hebat lagi kisah Rasulullah dalam mengembangkan dakwah.Kekasih Allah lagi yg paling diuji
jauhhhhh sangat berbanding dengan kita pabila diuji
mengeluh dan sebagainya...
lapangkan hati ini sentiasa memohon pada-Nya
mintalah pada-Nya
Dia sebaik-baik perancang dan penilai hamba-Nya
jangan berputus dengan rahmat-Nya
syukurilah nikmat Allah yang jauh lagi banyak dan tidak terhitung kurniaan-Nya..
teruskanlah sahabat,dirimu cekal mengenal erti kehidupan
belajar erti kehidupan dan berusaha menghargai kehidupan 
mencari erti ketenangan
berusahalah cari cahaya itu,insya Allah pasti dikau temui,sahabat....

wallahua'lam








puisi buat sahabat-sahabatku,terima kasih kalian mengajarku ,memimpinku saat aku terjatuh,tertido kejap...terima kasih sahabatku kalian kerana Dia yang mempertemukan kita untuk sama-sama kenal erti pengorbanan,teruskan sahabat,di bumi cfs aku mengenal erti ukhwah persahabatan yg selami ni aku cari,alhamdulillah jodoh pertemuan itu ditangan Allah,alhmadulillah pertemuan ini yg kurasakan,dan sama-samakita berdoa agar kita dapat berjumpa lagi,diakhirat sana juga kita bertemu...

benar kata-kata aku temui yg selami aku kurang memahi erti persahabatan
"bertemu dan berpisah kerana-Nya"
ya,kutemui makna ini...
maaf andai sepanjang pengenalan ini aku mengguris hati kalian,dan mungkin aku kurang sedar kata2 yg mungkin ada menyakitkan hati kalian...


Thursday, May 31, 2012

aku dan duri dalam diri

aku punya perasaan ingin meluahkan
meluahkan segala apa yang tersirat  dan belajar sesuatu disebalik hikmah aku lalui
aku manusia biasa 
aku melalui kehidupan ini dengan duri-duri yang sering menyucuk diri ini
duri yg terdapat dalam diri ini,sering menggangu kehidupan aku dan dirimu sendiri
aku sedar duri dalam diriku ini adakalanya dikawal oleh akal 
bila mana duri ini telah menguasai diri
panah,rosaklah hati ini

aku tak tau dimana jalannya
semakin duri ini mendekati ku,semakin aku lemas dan hanyut dengan sikapku diriku sendiri
aku bingung
aku tercari cari dan terus mencari dimana kesilapan ku
adakah aku tidak mahu berganjak daripada masalah ini
terus berlagak sombong
terus berlagak diri ini sentiasa betul
tercabar apabila ada yg mencabar diri ini
tp,aku tersilap langkah dalam ranjau ini 
yang pada mulanya aku rasakan ia betul

aku nak berubah,tp ya Allah,aku rasa salah silap permulaannya
adakah ini nama ujian yang Kau coba untuk aku kenali sikap aku sebenarnya
aku terus mencari ilmu buat didada,tp semakin aku mencari aku masih tertanya apabila 
masalah ini berterusana dengan duri dalam diriku sendiri
aku nak berubah ya Allah,aku sedar kesilapan aku sebelum ini,
Adakah Kau terima taubat aku ini hamba-Mu yang hina
aku cuba untuk tidak kembali kepada kisah ku yang lalu
tetapi kenapa hati-hati dan orang orang yang paling aku dekat tidak memahi pendirianku
aku sukar menerima keadaan ini
andai perubahan yang aku nak lakukan ini mendapat tentangan aku redha..

aku lupa rasa kasih sayang-Mu ya Allah,
aku kurang menilai dan menghargai sebelum ini
aku cuba nak meraih dan belajar erti kasih sayang yang selami ini ingin aku cari
bukan kasih sayang harta
bukan kasih sayang permintaan itu dan ini yang aku cari
tapi"cara" sebuah kasih sayang yang aku cari selami ini
aku perlukan Islam dihatiku
sebenar-benar penghayatan Islam dipacak dalam hatiku
tapi aku tak mampu cari seorang diri,tp Kau uji jua.
saat aku menitis air mata,Kau hadirkan aku ketenangan dangan cinta-Mu
tabahkan hati untuk melakukan perubahan diri
duri yang aku maksudkan adalah nafsu
setiap orang ada nafsu
ingatlah duhai diri
perkara yang selalu menghalang kita adalah nafsu
nafsu yg mendorong kita kea arah kejahatan..
doalah diri sentiasa berusaha dan terus berusaha kenali sikap dan kelemahan sendiri
saat kita tersedar kelemahan kita,disaat itulah Allah campakkan KASIH-Nya dalam jiwa hamba-Nya
disitulah Allah sebenar kasih pada Hamba-Nya
Dia tahu Hamba-Nya dalam terleka dgn kesalahan tersebut maka Dia hadir dalam hatimu..
supaya Dia ingin kita sentiasa kembali kepada-Nya
kembali sujud dan merintih kepada-Nya..


Sunday, May 27, 2012

MUJAHADAH:Aku tahu...

assalamualaikum




Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,mutiara mutiara ilmu sedang ku cari
Moga ada sinar kita ketemui dalam mencari meredah melalui kehidupan ini

Aku tahu Dia punyai perancangan terbaik buatku
Duri-duri yang ditempuhi,hanya ujian buat hati hamba-Nya
Aku tahu Dia kasih dan cinta pada hamba-Nya  yang berusaha mencari cinta hakiki
melihat dunia dengan mata hati
melihat kekuasaan Dia dalam menafsir sebuah erti kehidupan
Aku harapkn ketenangan hadir dalam diri ini
Makin ingin ku cari,aku masih tidak terlepas daripada ujian-Mu
Adakala emosi yang Kau beri,aku tak kawal sebaiknya,kuturuti hawa nafsu
...

Aku tahu Dia sedang mentarbiyyah aku erti memberi dalam kehidupan
Diusia remajaku ini,Kau uji aku
Kau uji aku sesuai kemampuan yang aku boleh hadapi seusia remajaku
Tapi adakala aku tewas,tewas dengan bisikan nafsu dan bisikan musuh,yang aku kita sentiasa "syaitan"musuh kita
sedang musuh yg paling dekat adalah diri kita sendiri
Dalam tempoh meniti alam remaja ini,
aku sedang mengenal diriku,mengenal diri ini mengenal Pencipta Hakiki
Kita takkan mengenal diri kita sepenuhnya,ya nobody perfect
malah yg kenal diri ku,adalah orang sekeliling ku sendiri
Aku sedang mencari ya Allah
mencari hati pada Cinta-Mu
Aku ingin belajar mengenali erti ketenangan,Moga Engkau campakkan rasa tenang dihati ini

...

Aku tahu kegagalan dan ujian itu,satu fitrah kehidupan
Aku tahu kebahagiaan,kejayaan itu satu kemegahan yang Kau uji buat bernama insan
Jika dinilai diri ini,siapa aku untuk menentukan segalanya
Aku berusaha bertenang takkala ujian ini menimpa diri,aku cuba menahan air mata ini
akhirnya berderai juga,tanda aku insan yang lemah
aku merenung diri ku seketika,memencil,mengasing diri buat seketika
Tapi,adakala itu bukan jalannya,
Alhamdulillah,
mungkin ini jalan yang ingin tunjukkan sinarnya dihatiku


solat?jangan jadi solat hanya sekadar aku dah solat,aku muslim.aku dah buat.Tapi selidik lah kembali solat kita,
ADAKAH BENAR2 KHUSYUK?
ADAKAH BENAR AKU MENJAGA WAKTU SOLAT KU?
APAKAH YANG AKU DAPAT INPUT,PROSES DAN OUTPUT DALAM SOLATKU?





sejauh manakah cintaku pada Rasulullah?



Mempelajari ilmu agama,aku tahu aku belum cukup dengan bekalan rohani,-ketika cinta bertalaqqi,merindui bumi cfs uia pj..


Aku mencari mutiara2 ilmu,buat bekalan diri,buat bekalan dunia dan akhirat,agar aku tidak hanyut dengan bayangan dan tipuan duniawi

mencari sahabat2 yang mengingatkan aku dengan Allah,kerana aku remaja,usiaku ini bnyak ujiannya
-buat sahabat seperjuangan,pimpin aku,,\terima kasih,persahabatan ini mengajar aku mengenal erti kehidupan ini yang ku cari..













moga jalan mujahadah ini kita istiqamah tempuhi,dan berusaha memeperbaiki....

Friday, May 25, 2012

Muslimah:menanti solehah


comel adik ni..
sapa kah ibu dan ayahnya?
cantik,tertutup litup
erm..
kenapa?
erm,adik cantik dipandangan Allah
Allah suka wanita/muslimah yang tertutup lagi indah
yang tertutup nan indah Rasulullah anjurkan untuk wanita
Rasulullah pesan cabaran terbesar lelaki takkala diakhir zaman ialah WANITA
cantik dan indah maruah wanita jika tertutup 
mahal,tinggi darjatnya di sisi Islam..

ISLAM ITU INDAH

PEMUDA:Keperluan sistem khalifah










Antara matlamat Allah Taala mencipta umat manusia adalah agar mereka menjadi khalifah di muka bumi-Nya. Mereka ditugaskan bukan sekadar untuk membina hadharah (ketamadunan), tetapi juga agar mereka merasa kehambaan kepada Pencipta, iaitu Allah Taala. Kewajiban berperanan sebagai khalifah ini merupakan kewajiban yang berada di dalam kedudukan yang kedua selepas kewajiban beribadat. Perkara ini turut diisytiharkan kepada para Malaikat sebagaimana firman Allah yang menyatakan :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka (para Malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata); Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu mereka yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berkata; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya” - Surah al Baqarah:30, al Quranul Karim

Rasulullah S.A.W bersabda, “Kaum Bani Israel pada zaman dahulu dipimpin oleh Para Nabi (mereka menjadi ahli politik). Setiap kali matinya seseorang nabi, penggantinya Nabi juga selepasnya. Sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku dan akan berlakunya perlantikan khalifah (yang mengganti Nabi bagi memimpin umat), mereka ramai. Para Sahabat bertanya; Apakah perintah-mu kepada kami? Rasulullah S.A.W menjawab; Tunaikan bai’ah (janji ketaatan) kepada yang pertama dan seterusnya. Berilah kepada mereka hak mereka (untuk memerintah). Maka sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka berkenaan urusan mereka yang diminta supaya memimpin”.

Khilafah adalah kewajipan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengannya. Ia boleh disebut dengan kewajiban berpolitik. Kewajiban ini dilaksanakan oleh semua Para Rasul sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad S.A.W. Mereka semua berdakwah dan berpolitik, dalam erti kata lain membawa maksud mengajak manusia kepada Islam dengan makna yang menyeluruh dan sempurna dari segi akidah, syariat, akhlak dan pemerintahan yang mendaulatkannya.

Para Rasul bukan sahaja berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah, malah mereka turut mengajak raja-raja dan para pemimpin pada zaman masing-masing supaya menganut Islam dan mentadbir negara dengan Islam. Ada di kalangan Rasul sendiri menjadi raja atau khalifah apabila ada di kalangan pemimpin dan rakyatnya zalim dan monolak seruan Para Rasul.

Rasulullah S.A.W melaksanakan kewajiban ini. Baginda S.A.W pernah menolak tawaran para pemimpin Quraish yang mahu melantik Baginda menjadi raja jahiliyyah Makkah dengan syarat menolak Islam sebagai agama yang memerintah. Rasulullah S.A.W menolak tawaran lumayan itu dan memilih jihad yang payah dan mengorbankan harta dan jiwa raga sehingga beliau dan para pengikutnya berhijrah ke Madinah bagi menunaikan kewajiban Tuhan ini. Selepas penduduk Madinah menerima Islam dengan sempurna. Rasulullah S.A.W tetap meneruskan jihad yang lebih mencabar. Kewajiban ini berterusan walaupun Rasulullah S.A.W sudah meninggal dunia dan disambung oleh para Khulafa’ ar-Rasyidin.

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah S.A.W menegaskan beberapa peringkat cabaran yang dialami oleh pejuang Islam dalam menegakkan pemerintahan Islam, “Islam bermula dengan pemerintahan berasaskan konsep Nabi, kemudian diikuti oleh konsep Khulafa’ ar-Rasyidin, diikuti pula berlakunya penguasaan raja yan zalim, seterusnya raja yang ganas dan akhirnya kembali semula kepada khalifan di atas konsep Nabi.”

Benar seperti yang dilakarkan dalam hadis ini, Islam mencapai kejayaan pada zaman Rasulullah S.A.W. Selepas Rasulullah S.A.W meninggal dunia, tegak pula pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, pemimpin generasi awal hasil didikan daripada tangan Nabi. Selepas itu tegak pula pemerintahan sistem beraja yang masih lagi beramal dengan Islam walaupun berlakunya kezaliman dan penaklukan penjajah Barat ke atas negara-negara Islam. Umat Islam yang berkuasa terus dibelenggu penjajahan pemikiran walaupun penjajah asing sudah pergi manakala umat Islam yang lemah terus dimamah kezaliman akibat pengekalan amalan sistem penjajahan.

Fahaman sekularisme yang mengeluarkan politik daripada agama Islam adalah ajaran salah yang diwarisi zaman penjajah bukan Islam. Mereka menakluk dan memerintah negara-negara Islam selepas pemerintahan berkhalifah Uthmaniyah di Turki tumbang. Sebenarnya fahaman salah ini lahir akibat perpecahan masyarakat Eropah yang menganut agama Kristian menyeleweng daripada agama yang dibawa oleh Nabi Isa.

Islam menegaskan kewajipan memilih dan mengikut pemimpin adalah amanah besar dalam kehidupan dunia sebelum menuju akhirat. Kewajipan ini bukan sahaja dihitung dalam amal ibadat yang khusus malah turut dihitung dalam memilih dan mengikut pemimpin. Oleh itu, tuntutan ini termasuk dalam perkara benar ataupun sesat, pahala ataupun dosa. Pemimpin adalah pemegang amanah bagi melaksanakan syariat Allah dalam pemerintahan negara. Allah menyatakan :

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya); Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah."

"Dan mereka berkata lagi; Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."
"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya"– Surah al Ahzab:66-68, al Quranul Karim

Penyebab masuk neraka itu bukan semata-mata kerana dosa syirik dalam ibadat, meninggalkan yang wajib, mengerjakan yang haram, malah kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam politik juga termasuk dalam penyebab ke neraka apabila mengikut bukan menurut petunjuk Allah dan Rasulullah S.A.W. Hadis Rasulullah S.A.W menyebut :
“Abu Hurairah menceritakan; Sedang Rasulullah S.A.W bercakap kepada orang ramai, tiba-tiba seorang Badwi datang lalu bertanya; Bilakah berlakunya kiamat? Rasulullah S.A.W meneruskan perbualannya tanpa mempedulikan soalan orang Badwi itu. Ada di kalangan kami berfikir, Rasulullah S.A.W tidak senang dengan cara dia menyoal. Ada juga yang berfikir Rasulullah S.A.W tidak mendengar pertanyaannya. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W bertanya; Mana orang yang bertanya tadi? Orang Badwi itu menjawab; Ini dia, saya. Rasulullah S.A.W menjawab; Apabila dihilangkan amanah. Orang Badwi itu bertanya lagi; Bagaimanakah amanah itu hilang? Jawab Rasulullah S.A.W; Apabila diserahkan urusan pemerintahan kepada orang yang bukan ahlinya.”

Saidina Umar menegaskan, “Sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga, bukan kerana kelayakan mereka, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya S.A.W.”

Begitu juga besarnya dosa pemimpin yang menipu rakyat, kerana Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak ada pemimpin yang mengendalikan urusan rakyat di kalangan kaum Muslimin lalu dia mati dalam keadaan menipu mereka melainkan Allah mengharamkannya masuk syurga.”

Ini menunjukkan urusan kepimpinan negara adalah kewajiban yang besar dalam ajaran Islam. Ajaran pemisahan agama daripada politik adalah menyalahi ajaran Islam yang sempurna.

Rasulullah Tidak Mewasiatkan Pengganti

Imam Bukhari dan Imam Muslim melaporkan, “Khalifah Umar ditanya ketika beliau dalam keadaan tenat akibat cedera ditikam, supaya menamakan siapakah penggantinya. Katanya; Sekiranya aku menentukan, maka orang yang lebih baik daripadaku (Abu Bakar) pernah menentukannya. Sekiranya aku tinggalkan kepada kamu sendiri yang menentukan, maka orang yang terbaik (Rasulullah S.A.W) pernah meninggalkannya (dengan menyerahkan urusan ini kepada umat supaya memilihnya).”

Imam Ahmad dan Imam al Baihaqi menyebut dalam kitab - Dalail an Nubuwwah - dengan laporan yang baik daripada Amar bin Sufian ketika berlakunya peristiwa Perang Jamal. Apabila berlakunya penderhakaan kepada Khalifah Ali bin Abu Talib, beliau berucap :

“Wahai semua yang hadir, Rasulullah S.A.W tidak menentukan kepada kami jawatan menjadi ketua negara, sehingga kami berpendapat Abu Bakar yang dilantik, lalu dia menjalankan tugasnya dan beliau meneruskan tugasnya dengan benar. Kemudian Abu Bakar menentukan Umar dengan persetujuan orang ramai, dia melaksanakan tugasnya dengan konsisten sehingga meletakkan agama di hadapan. Kemudian berlaku orang yang menuntut keduniaan (sahaja) maka berlakulah perkara-perkara yang menjadi ketetapan Allah”.

Kedua teks ini adalah sumber yang sahih, Rasulullah S.A.W tidak mewasiatkan sesiapa menjadi calon khalifah selepas beliau meninggal dunia. Ada laporan yang tersebar di kalangan mazhab Syiah mengenai wasiat yang menentukan Ali menjadi khalifah. Namun, laporan ini tidak sahih daripada segi rekod ilmu hadis yang adil dan beberapa sumber yang menunjukkan Ali tidak bermaksud melantiknya menjadi khalifah.

Ini dikuatkan lagi dengan penyertaan dan penglibatan Ali sepanjang pemerintahan khalifah yang terdahulu daripadanya. Beliau membantu semua urusan dan mempertahankannya dengan penuh pengorbanan bersama seluruh Ahlil Bait. Kajian yang dibuat menunjukkan banyaknya hadis palsu yang direka selepas berlakunya pergolakan pada akhir zaman di era pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin.

Islam mendahului demokrasi Barat dengan meletakkan urusan politik negara menjadi hak rakyat secara adil, tidak ada amalan secara diktator, merampas dan menipu hak rakyat, teokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada golongan agama dalam Islam atau menjadi pusaka warisan keluarga.

Kenyataan sejarah membuktikan pendekatan Islam berasaskan akidah, syariat dan akhlak, menjadikannya lebih baik daripada demokrasi Barat. Walaupun amalan demokrasi moden mempunyai pengaruh feqah politik Islam, tetapi ia disekularkan dengan memisahkan politik daripada agama. Rakyat menjadi mangsa pelbagai cara penipuan dan rasuah apabila pemimpin tidak beriman pada balasan hari akhirat dan tidak mengamalkan cara hidup tanpa memikirkan perhitungan pahala dan dosa. Ini kerana kepercayaan mereka, agama tidak wujud dalam kegiatan politik sekular. Amanah politik menjadi rebutan demi kemewahan dunia.

Abu Bakar Menjadi Khalifah

Ketika keluarga dan beberapa sahabat Rasulullah S.A.W sedang mengebumikan jenazah beliau, berlaku peristiwa Thaqifah Bani Saidahiaitu mesyuarat memilih pengganti pemimpin negara dan umat selepas Rasulullah S.A.W. Perhimpunan segera dibuat kerana menurut para ulama urusan siyasah, memimpin negara lebih penting daripada urusan mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W yang juga besar kewajibannya.

Sebelum Rasulullah S.A.W meninggal dunia, golongan Ahlil Bait melalui Abbas, bapa saudara kesayangan Rasulullah S.A.W pernah keluar melawat Rasulullah S.A.W. Beliau membisikkan kepada Ali supaya meminta Rasulullah S.A.W mewasiatkan penggantinya di kalangan keluarga ataupun kepada orang lain. Jika ada, tentu beliau mewasiatkan sesuatu kepadanya.

Ali menjawab, “Demi Allah, aku tidak akan melakukannya. Demi Allah, jika kalangan kita tidak diberi, kita dilarang daripada memegang jawatan itu selama-lamanya.” 

Sikap ini bermaksud beliau (Saidina Ali) tidak mahu meminta jawatan dan tidak menyoal yang mana lebih baik dan mulia. Beliau khuatir nanti diharamkan kepada zuriat Rasulullah S.A.W selama-lamanya.

Para keluarga Baginda sibuk dengan urusan mengendalikan jenazah Rasulullah S.A.W. Kemudian, Ali bersama Bani Hasyim, Zubair bin Awwam dan Tolhah bin Ubaidillah berada di rumah Fatimah al-Zahra, tempat Rasulullah meninggal dunia.

Perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah menjadi tegang apabila kaum Ansar berpendapat mereka lebih layak dipilih menjadi khalifah kerana jihad mereka bersama Rasulullah S.A.W dengan penuh pengorbanan. Allah memuji mereka di dalam al Quran dan disokong oleh hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Mereka mencalonkan pemimpin mereka iaitu Saad bin Ubadah.

Kaum Muhajirin berpendapat, mereka juga lebih layak menjadi khalifah. Mereka kaum pertama yang memeluk Islam, berdakwah sejak permulaan wahyu diturunkan, menghadapi ujian dahsyat ketika di Makkah, seterusnya mengalami ujian berhijrah dan berjihad bersama-sama Rasulullah S.A.W. Selain itu, wahyu dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W turut menyanjung mereka dengan pujian yang tinggi.

Keadaan yang tegang dapat dikendurkan. Sikap fanatik perkauman dapat dipadamkan. Pemimpin utama kaum Muhajirin dan Ansar menemui Abu Bakar. Mereka terus ke Thaqifah Bani Saidah, tempat berlakunya perdebatan yang hangat kerana terdapat perangai jahiliyah melalaikan sebahagian pihak daripada mengamalkan akhlak dan adab musyawarah dalam Islam. Di sini Abu Bakar as Siddiq menunjukkan ketokohannya menjadi pemimpin. Beliau menyampaikan khutbahnya yang menenangkan keadaan. Selepas beliau memuji Allah dengan selayaknya, lantas beliau memulakan bicara :

“Sesungguhnya Allah melantik di kalangan kita seorang Rasul (menjadi petunjuk) kepada makhluk-Nya, menjadi saksi kepada umatnya supaya beribadat kepada-Nya sahaja, dan mengesakan-Nya. Melihat keadaan mereka menyembah kepada yang lain daripada-Nya, dengan menghadap tuhan-tuhan yang banyak yang diperbuat daripada batu dan kayu.”

“Menjadi suatu perkara yang besar dan sukar kepada bangsa Arab bagi meninggalkan agama nenek moyang mereka. Maka Allah memilih secara khusus kalangan para Muhajirin yang terawal, mereka terdiri daripada kaumnya yang pertama mempercayai ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, mempertahankannya, serta bersabar menghadapi kejahatan kaum yang membohonginya. Ketika semua orang menentang dan berpaling tidak mahu mengikutnya, memperlecehkan para pengikutnya kerana jumlah pengikut sedikit dan orang yang membencinya ramai. Maka kalangan mereka (Muhajirin) menjadi orang yang ulung menyembah Allah sahaja di bumi ini (ketika itu) dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mereka yang menjadi penolong Baginda dan kaum keluarganya, serta orang-orang yang paling berhak mengendalikan urusan umat selepasnya, tidak  ada yang menentang Baginda melainkan orang yang zalim. Kamu (wahai kalangan Muhajirin) adalah pembantu dan keluarga Rasulullah S.A.W dan orang yang layak menjadi pemimpin selepasnya. Tidak ada yang menentangnya melainkan orang yang zalim.”

“Kamu pula wahai golongan Ansar, adalah kalangan yang tidak boleh dinafikan kelebihan daripada segi agama dan yang terawal juga memeluk Islam. Allah mengisytiharkan redha-Nya kepada kamu, menjadi penolong yang ulung pada perjuangan menegakkan agama dan menolong Rasulullah S.A.W. Ramai kalangan isterinya daripada kamu, dan ramai di kalangan Sahabatnya daripada kamu, tidak ada yang lebih daripada kamu selepas golongan Muhajirin. Maka sewajarnya pemimpin utama daripada kalangan kami (para Muhajirin) dan para jemaah menteri daripada kalangan kamu pula wahai golongan Ansar. Perkara ini tidak meliputi keputusan mesyuarat dan tidak ada sesiapa yang dapat mengatasi kamu.”

Ucapan Saidina Abu Bakar telah berhasil menenangkan keadaan dan menghilangkan pertelingkahan. Seterusnya Abu Bakar mencalonkan Umar dan Abu Ubaidah menjadi khalifah. Namun, secara tiba-tiba Umar dan Abu Ubaidah bangun mencalonkan Abu Bakar menjadi khalifah, diikuti oleh pemimpin Sahabat kalangan kaum Ansar dan Muhajirin yang lain. Maka dengan rasminya Abu Bakar diisytiharkan menjadi khalifah pertama selepas Rasulullah S.A.W meninggal dunia.

Pemilihan khalifah berlaku secara mesyuarat yang tidak memaksa dan tidak berlaku dengan mudah melainkan melalui pendapat yang dibahas dengan sehangat-hangatnya, namun dilaksanakan dengan seadab-adabnya. Dengan sifat fanatik kabilah dan kekeluargaan yang tebal menjadi perangai bangsa Arab yang masih wujud. Sifat ini menjadi warisan zaman jahaliyah yang diberi amaran keras dalam wasiat Rasulullah S.A.W sebelum meninggal dunia. Namun, iman yang teguh dan ikhlas, Islam yang sebenar tertanam dalam jiwa hasil didikan Nabi kepada generasi awal ini dapat menjadi contoh yang baik mengatasi demokrasi purba dan moden yang dibanggakan oleh dunia Barat.

Keputusan dibuat tidak sebulat suara, ada kalangan Ahli Bait membai’ahkan Abu Bakar selepas beberapa bulan. Kalangan kaum Ansar ada yang tidak mahu berbai’ah kerana mahukan khalifah dilantik kalangan mereka, termasuk juga kaum Quraish sendiri yang pada awalnya tidak berbai’ah, mereka adalah Zubair, Talhah dan Abu Sufian. Namun, krisis dalaman yang berlaku tidak menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Selepas itu sebulat suara mereka mendukung negara Islam dan risalahnya, menyambung tugas Islam yang tidak habis selepas Rasulullah S.A.W meninggal dunia. Kesimpulan ada tiga pendapat dengan hujah masing-masing :
  1. Golongan Ahlil Bait yang menegaskan ketua negara perlu daripada keluarga Rasulullah S.A.W. Mereka mencalonkan Ali kerana beberapa ayat al-Quran dan hadis menyebut kelebihan dan tugas yang diserahkan kepadanya semasa hayat Rasulullah S.A.W.
  2. Golongan Ansar menegaskan ketua negara perlu daripada kalangan mereka. Ini kerana al Quran dan Hadis menyebut kelebihan golongan Ansar. Ketaatan kepada pemimpin tanpa menentukan bangsa dan kabilah. Mereka juga penduduk asal Madinah yang menyerahkan tanah air, jiwa raga dan harta, berjihad menegakkan Islam, mereka mencalonkan pemimpin Ansar, Saad bin Ubadah.
  3. Kalangan Muhajirin berpendapat, pemimpin mesti daripada kalangan mereka. Al Quran dan Hadis menegaskan kelebihan mereka dan pemimipin mesti daripada kalangan Quraish. Mereka mencalonkan Abu Bakar.
Ibnu Khaldun menegaskan keputusan mereka memilih Abu Bakar daripada kalangan Muhajirin dan Quraish dilihat daripada segi ilmu politik. Ketokohan Abu Bakar difikirkan layak, kerana kematangannya melebihi dan ilmunya melangkaui orang lain. Daripada kalangan Quraish, beliau adalah daripada kabilah yang terkuat pengaruhnya dalam masyarakat Arab, sehingga mempunyai kehebatan menghadapi cabaran dalaman dan luaran ketika itu.

Masih terlalu awal menyerahkan jawatan yang besar ini selain Abu Bakar. Kedudukannya menemani Rasulullah S.A.W ketika berhijrah. Rasulullah S.A.W pernah menugaskanya menjadi imam di waktu solat dan tugas-tugas yang lain memberi kelebihan kepadanya menjadi orang yang paling layak bergelar khalifah yang pertama. Allah menyatakan :

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya; Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terjunam (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” – Surah at Taubah:40, al Quranul Karim

Dalam kalangan Ansar, mereka sendiri menghadapi masalah, akibat pertelingkahan yang mencetuskan peperangan ketika zaman jahiliyah antara dua kabilah besar Aus dan Khazraj. Adalah sukar mencalonkan orang yang diterima oleh semua pihak. Islam yang berjaya memadamkan api permusuhan dengan tidak mencetuskan pertelingkahan calon khalifah kalangan Ansar sendiri.
Apabila dikhususkan kepada Ahlil Bait, Islam membawa sistem mewariskan pemerintahan yang beku dalam satu keluarga. Pada masa yang sama, ia bercanggah dengan konsep musyawarah yang ditegaskan di dalam al Quran, bersalahan dengan sikap Rasulullah S.A.W dan sikap orang yang beriman.

“Termasuk orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat sesama mereka. Mereka pula mendermakan sebahagian yang kami beri kepadanya” – Surah as Syura:38, al Quranul Karim

Membina keluarga Rasulullah S.A.W tidak mengahwinkan puterinya dengan kalangan keluarga sahaja, dua orang puterinya dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, sementara Zainab binti Jahsy dari kalangan keluarganya dikahwinkan dengan Zaid bin Harithah, bekas hamba yang dimerdekakan dan dijadikan anak angkatnya. Adapun dalil yang dibawa oleh kalangan Syiah tidak menepati nas al Quran dan riwayat yang sah serta tidak menepati kaedah siasah syariah yang betul.

Kekhilafan ini melahirkan mazhab kefahaman politik Islam pada zaman mutakhir. Pendapat Ahlil Bait melahirkan mazhab Syiah. Selepas itu, muncul pula golongan yang menyatakan bukan sahaja keturunan Ali dan Fatimah yang layak menjadi khalifah, bahkan mereka turut memperjuangkan keturunan al Abbas, bapa saudara Rasulullah juga berhak memegang kuasa khalifah. Golongan ini berjuang menegakkan kerajaan Abasiyah. Pendapat Ansar melahirkan mazhab Khawarij dan pendapat Muhajirin menjadi pegangan ahli Sunnah.

Berlaku pula pertelingkahan mazhab yang melibatkan akidah dan syariat yang mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam, sehingga diresapi oleh anasir musuh dalam selimut yang merosakkan dalaman umat Islam sendiri. Ada yang wasatiyyah, ada yang jahil dan ada pula yang melampau dan menzalimi diri sendiri sehingga terkeluar daripada landasan Islam yang sebenar. Islam tetap dipelihara oleh Allah secara ilmu melalui laporan yang rapi dan dirayat; Iaitu secara kefahaman melalui ilmu Islam dan kaedahnya.

Akhirnya suara Para Sahabat bersetuju Abu Bakar dilantik menjadi khalifah, mereka yang tidak bersetuju kalangan Ahlil Bait dan Ansar akhirnya berbai’ah. Mengenai riwayat yang menyatakan bahawa Saad bin Ubadah, ketua kaum Ansar yang terus tidak membai’ah Abu Bakar sebagai khalifah terlalu dhaif.

Sebenarnya seluruh Ahlil Bait dan golongan Ansar tetap menerima Abu Bakar menjadi khalifah dan berbai’ah serta mendukungnya dengan pengorbanan yang membuktikan keikhlasan mereka. Hendaklah yakin betapa mereka tidak didorong oleh nafsu merebut jawatan ketua kerana keimanan yang ikhlas dalam diri masing-masing memadamkan sifat yang buruk, mereka hanyalah berlumba-lumba bagi menunaikan perintah Allah yang besar ganjarannya. – edited by Qutuz's Legacy

sumber:laman tarbawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...