Andai ini ramadhanku yang terakhir?
Ya Allah,dapatku rasakan hikmah ramadhan kali ini,
Pelbagai bentuk ujian dan hikmah yang Kau tunjukkan padaku dibulan mulia ini,
Aku dapat rasakan Kau sedang mentarbiyahkan diri yang lemah ini
Berusaha untuk bermujahadah mendekati kasih dan cinta Mu ya Allah,
Ya Allah,aku lemah dalam menahan panah-panah cubaan di bulan ini
dalam berusaha untuk mencapai redha Mu dan menggapai Taqwa
dalam bulan Tarbiyah ini ya Allah,
Namun,aku kuatkan semangat ini ya Allah,
Ya Allah,tunjukkanku jalan-jalan Taqwa untuk mendekati Mu,
Bawalah hati ini untuk terus berada dalam genggaman jalan-jalan Taqwa,
Kuatkan hati-hati kami ini selepas ini ya Allah,
Thabat hati ini berada dalam naungan rahmat kebaikan di jalan Mu,
Ampunilah kami ya Allah,dosa-dosa kami yang lalu,
perbaharuilah hati-hati selepas ini agar terus mencari hikmah disebalik kasih dan cinta Mu....
thabat-tetap dan pendirian kukuh
tarbiyah-didikan
salam akhir2 ramadhan -humaira-
No comments:
Post a Comment