Ukhwah yang terjalin kerana cinta-Nya
dapatku rasakan kemanisan dan kepahitan dalam menjalin persahabatan menuju redha-Nya
Ukhwah yang terjalin bersama kalian membuatkan ku sentiasa berfikir
berfikir untuk memberi daripada menerima
berlapang dada dan bersangka baik dengan hati2 manusia
membina minda positif bahawa Allah sedang mentarbiyyah seorang melalui orang sekelilingnya..
Allah mengajarku apa erti ukhwah yang selama ini yang ku idamkan dan ku ingin kurasakan
bersyukur kepada-Nya kerana bersama kalian ku kenal erti perjuangan Islam
erti untuk bersama dalam perjuangan bersama-sama sahabat sefikrah
bersama kalian aku terus mencari identiti diri ini
melangkah dan terus mengorak langkah mencari hikmah cinta-Nya
Aku dapat rasakan aku tidak mampu keseorangan dalam erti mengenal jalan perjuangan ini.
kalian bayangkan serigala yang kelaparan mencari makanan dan mahu makan biri
serigala itu sudah pasti takut untuk menghampiri kelompok biri-biri yang banyak
manakala bayangkan pula jika kambing biri-biri itu duduk keseorangan,
nah sudah pasti biri-biri itu nahas dibahamnya..
begitulah gambaranya..
menncari sahabat yang sama-sama membantu kita mencari CINTA dan REDA-Nya..
sungguh INDAH UKHWAH
BERSULAMKAN AKIDAH
disini bermula ku kenal erti UKHWAH ISLAMIAH..~~
renungi sejenak surah As-saff ayat 4:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
salam maal hijrah..
ReplyDeleteindahnya berukhwah kerana-Nya..
salam maal hijrah ukhti..btul2..ana terasa kebersamaan dalam berukhwah kerana-Nya..moga kita berusaha sama-sama istiqamah insya Allah
ReplyDelete