cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Saturday, January 21, 2012

Mencari generasi Alfateh



Assalamualaikum,alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,selwat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli kerabat dan para sahabat Baginda.Subhanallah kurniaan-Nya  dengan 2 nikmat terbesar kita hari ini,iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

Alhamdulillah,hari ini diberi peluang oleh Allah untuk menulis,setelah sekian meninggal seketika ruang ini untuk berkongsi rasa dan hikmah pemberianNya.Menulis bukan lah sesuatu perkara yang mudah seperti yang disangka orang,kerana menulis itu memerlukan kejernihan idea-ide  untuk dikongsi.Dalan blog Hilal Ashraf,beliau berkongsi beberapa perkara-perkara yang perlu seorang blogger pabila ingin menulis.memang benar tak mudah disangka.Insya Allah,ana nak berkongsi sedkit pengalaman diruang ini,sama-sama mengambil ibrah dan memahi erti memaknakan satu kehidupan yang begitu singkat ini mencari redha Nya.




Mengimbau kembali detik-detik kita pada hari ini,sama-sama kita koreksi kembali,muhasabah kembali sepanjang perjalanan kita pada hari ini.Kemudian,kita berusaha merancang sebaik mungkin untuk esok hari.
Renungi Firman Allah;

"Wahai orang-orang yang ber­iman! Takwalah kepada Allah dan hendaklah merenungkan se­tiap diri, apalah yang telah diper­buatnya untuk hari esok. Dan takwalah kepada Allah! Sesung­guhnya Allah itu Maha Menge­tahui apa jua pun yang kamu kerjakan.." (Surah Al-Hasyr : 18)
 

Saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semasa program bedah buku Muhammad Al Fateh,di cfs iium,sempena The Discovery Week 2012 baru-baru ini.Penceramah yang sudah tidak asing lagi tentang semangat Al Fateh ini,Ustaz Syaari.Terbaik penyampaian ustaz kali ini,berjaya membuka minda penonton dengan video-video yang mampu membuka semngat AMF hall menjadi terkedu dan terpegun seketika.Buku karya ustaz..=)Antara kajian ustaz,beliau kata sifat utama Muhammad Al fateh setiasa berfikiran positif disetiap siri peperangan nya,jatuh bangun semula tetap POSITIF..(^_^)..Masya Allah..




AKU DAN ALFATEH.Siapakah Al Fateh?Masya Allah,bagi ana dia memang patut menjadi Idola atau the best public figure buat remaja Islam khususnya,kerana kewibawaan beliau dan sumbangannya dalam Islam.Idola remaja yang patut dijadikan contohnya hari ini.Dimanakah semangat orang muda hari ini yang patut kita lihat pada hari ini?Pemuda Islam yang berjiwa kental seperti Muhammad Al  Fateh,seusia 19tahun sudah berjaya memimpin segerombolan tentera untuk menawan kota Contantenopel.

Sedikit perkongsian bersama,jom kita sama-sama membongkar misteri disebalik kisah Muhammad Al fateh.Ayuh jiwa -jiwa muda Islam,menacari semangat Al Fateh..=)



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. PENGENALAN Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
* Di mana kita (remaja Muslim) hari ini?? Solatnya, Tahajudnya, Puasa sunatnya..?
Jawablah……..

(credit : http://satuperkongsian.wordpress.com)

Alhamdulillah,sekadar itu perkongsian buat seketika.sama-sama kita renungi kata-kata Saidina Ali;

" Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...