Assalamualaikum,alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,selwat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli kerabat dan para sahabat Baginda.Subhanallah kurniaan-Nya dengan 2 nikmat terbesar kita hari ini,iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.
Alhamdulillah,hari ini diberi peluang oleh Allah untuk menulis,setelah sekian meninggal seketika ruang ini untuk berkongsi rasa dan hikmah pemberianNya.Menulis bukan lah sesuatu perkara yang mudah seperti yang disangka orang,kerana menulis itu memerlukan kejernihan idea-ide untuk dikongsi.Dalan blog Hilal Ashraf,beliau berkongsi beberapa perkara-perkara yang perlu seorang blogger pabila ingin menulis.memang benar tak mudah disangka.Insya Allah,ana nak berkongsi sedkit pengalaman diruang ini,sama-sama mengambil ibrah dan memahi erti memaknakan satu kehidupan yang begitu singkat ini mencari redha Nya.
Mengimbau kembali detik-detik kita pada hari ini,sama-sama kita koreksi kembali,muhasabah kembali sepanjang perjalanan kita pada hari ini.Kemudian,kita berusaha merancang sebaik mungkin untuk esok hari.
Renungi Firman Allah;
"Wahai orang-orang yang beriman! Takwalah kepada Allah dan hendaklah merenungkan setiap diri, apalah yang telah diperbuatnya untuk hari esok. Dan takwalah kepada Allah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa jua pun yang kamu kerjakan.." (Surah Al-Hasyr : 18)
Saya ingin berkongsi sedikit dengan anda semasa program bedah buku Muhammad Al Fateh,di cfs iium,sempena The Discovery Week 2012 baru-baru ini.Penceramah yang sudah tidak asing lagi tentang semangat Al Fateh ini,Ustaz Syaari.Terbaik penyampaian ustaz kali ini,berjaya membuka minda penonton dengan video-video yang mampu membuka semngat AMF hall menjadi terkedu dan terpegun seketika.Buku karya ustaz..=)Antara kajian ustaz,beliau kata sifat utama Muhammad Al fateh setiasa berfikiran positif disetiap siri peperangan nya,jatuh bangun semula tetap POSITIF..(^_^)..Masya Allah..
AKU DAN ALFATEH.Siapakah Al Fateh?Masya Allah,bagi ana dia memang patut menjadi Idola atau the best public figure buat remaja Islam khususnya,kerana kewibawaan beliau dan sumbangannya dalam Islam.Idola remaja yang patut dijadikan contohnya hari ini.Dimanakah semangat orang muda hari ini yang patut kita lihat pada hari ini?Pemuda Islam yang berjiwa kental seperti Muhammad Al Fateh,seusia 19tahun sudah berjaya memimpin segerombolan tentera untuk menawan kota Contantenopel.
Sedikit perkongsian bersama,jom kita sama-sama membongkar misteri disebalik kisah Muhammad Al fateh.Ayuh jiwa -jiwa muda Islam,menacari semangat Al Fateh..=)
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
* Di mana kita (remaja Muslim) hari ini?? Solatnya, Tahajudnya, Puasa sunatnya..?
Jawablah……..
(credit : http://satuperkongsian.wordpress.com)
Alhamdulillah,sekadar itu perkongsian buat seketika.sama-sama kita renungi kata-kata Saidina Ali;
" Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini'.
Allah..mari kita menjadi generasi perindu syurga..
ReplyDelete