Bismillahrrahmanirrahim...
Assalamualaikum..w.b.t
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga ,dan para sahabat Baginda
Alhamdulillah,kurniaan rahmat-Nya kita masih boleh bernafas.Dengan Kasih-Nya jua kita masih lagi mampu mengharungi kehidupan ini sebaiknnya.Sepanjang kehidupan ini,sudah tentu pelbagai cabaran yg berperingkat yg sudah kita tempuhi,bermula fasa anak kecil,dibangku sekolah rendah dan menengah,mengenal dunia disaat di sekolah menengah,antara memori yang cukup kita takkan lupa even kita dah masuk u sekalipun.Saat teringat zaman sekolah dahulu,dengan kawan-kawan kita bermain dan belajar bersama-sama.Istilah cinta Monyet dan zaman gila-gila kita..huhu...memori sekolah yang kita katakan zaman budak mentah.
Kini,usia meningkat pra dewasa,20 tahun ,alhamdulillah.sudah menjangkau 20 tahun aku mengenal dunia yg semakin singkat kita rasai.Kemudian sebut tentang ujian sebentar tadi,pasti ujian pada fasa berlainan pula berbanding fasa2 usia kita sebelum ini.
Sahabat-sahabat,
Agak-agak sudah berapa banyak kita jatuh dan bangun dalam merantau erti kehidupan ini.Sudah berapa bnyak anak tangga yg sudah kita gapai dalm kehidupan ini.kasihi.Kita selalu dengar adakala kita di atas dan adakala kita dibawah,dunia umpama roda yang berputar.Menafsir kehidupan ini satu fitrah insani.Sahabat-sahabat diusia ini,kita adakala terleka,bermain dengan hayalan yang kita impikan.umpama angan-angan mat jenin dikatakan.Bnyak impian yang kita impikan diusia baru mengenal erti membina kematangan diri.
Sahabat-sahabat
apa erti hidup ini?Erti hidup memberi,pernah dengar kan?Ana tertarik kata ini,yg rupanya daripada pepatah arab dan menjadi tema kata-kata yang cukup indah pada blog ustaz Hasrizal.Erti hidup memberi,hanya 3 perkataan sahaja sudah menggambarkan maksud tersiratnya.Sesungguhnya,Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba-Nya.Hidup didunia ini umpama kita bercucuk-cucuk tanam sebelum membawa hasilnya kebunnya ke ladang akhirat.
Sahabat-sahabat,
Pernah kita mengeluh dalam kehidupan ini?ya kita pernah mengeluh sahabat.Kadang-kadang kita lemah sedikit kita mengeluh,kita bimbang dan risau dalam sesuatu perkra.Kenapa?Fitrah manusia yang lemah bila diuji.Akal tidak mampu menguasai hati kita saat tersebut.Dalam mencapai sesuatu kesempurnaan itu atau keinginan itu sendiri,kita pasti diuji.sejauh mana kemampuan kita.Darah muda yang mengalir ini adakala tercabar dengan sesuatu keadaan.kita lupa nak merawat hati kita saat itu.Kita marah,sedih dan semua peraasan kita serta nafsu perasaan yang tidak stabil.
***********
"Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atas mu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'." - surah Hud [11]: 52).
Sahabat-sahabat,
Cuba pejamkan 5 minit kejap,saat anda rasa kesukaran menimpa dirimu,waktu itu,tarik nafas sedalamnya dah hembuskan ia sebaiknnya.pinjamkan 5 minit anda untuk bermuhasabah.ucapkanlah ...ALHAMDULILLAH.(segala puji hanya bg Allah).Pinjamkan 5 minit anda untuk lapangkan dada jika anda berasa sukar menerima sesuatu yg perit bgi anda.
Dan jalan terbaik,berwudhuk lah..insya Allah.ketenagan dapat dirasai.Pinjamkan 5 minit anda untuk bermuhasabah.Yakinlah aku sedang diuji ini,aku sedang merasakan ini kasih drpada Sang Pencipta.Dia tahu apa yang terbaik buat diri.Saat kita berasa sukar membuat keputusan juga.Adakala kita rasa hampir putus asa,atau geram..Jadi pinjamkan 5 minit anda ,dengan memejamkan mata,minta pada-Nya.Pasti kita dapat rasakan jawapan nya.khair insya Allah,hanya 3-5 minit dengan pejamkan matamu .rasakan ketenangan mu dengan katakan "Ya Allah,Kau sentiasa ada dalam diriku"...insya Allah...=),tapi janganlah saat kita sedang berjalan tiba-tiba kita berhenti sebentar untuk pejamkan mata.tp ambil lah masa disaat kita sedang duduk atau baring,huhu..ok.insya Allah.muhasabah itu sentiasa ada dan perlu hadir dalam diri kita,agar ia sentiasa mengawal nafsu kita yang kadang-kadang terlebih saat bertindak.Akhir kalam sama2 kita usaha selalu hati dihidupkan dengan ZIKRULLAH.....wallahualam..
Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka."
-merindui bumi tarbiyyah cfs...
No comments:
Post a Comment