cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Friday, May 20, 2011

~Beza cinta manusia dan cinta Ilahi~





Hidup ini kadang2 tidak putus dengan kekecewaan kerana kita terlalu mengharap kasih yang tidak abadi daripada manusia...
Hidup ini kadang kala sering dianggap tidak adil setiap kali kita merasakan segala pengorbanan kita tidak dibalas dengan balasan yang setimpal...
Hidup ini sering sahaja disalah erti pabila diri merasakan air mata yang dicucurkan untuk makhluk Allah yang bernama manusia dianggap tidak bernilai...
Hidup ini jua sering dijadikan kambing hitam yang dipersalahkan hari demi hari hanya kerana rindu pada hamba Allah yang bernama manusia itu kian menebal tetapi tidak pernah disedari oleh manusia itu...
Hidup ini juga dianggap dipenuhi dengan rantaian derita yang tidak putus-putus hanya kerana segala perkara yang berlaku itu tidak seperti kehendak kita...



Namun, jika sahaja kita sedar...kira2 seribu tahun yang dahulu, terdapat manusia mulia yang sudah menangis terlebih dahulu, kerana rindukan umatnya...umatnya yang dikatakan tidak pernah bertemu dengannya namun rindukannya dan menyintai Allah...dan umatnya inilah yang telah membuatkan menitisnya air mata manusia yang mulia ini hingga membasahi mata yang tegar memperjuangkan islam dan umat ini jualah antara kata2 akhir yang dituturkan di mulut manusia mulia ini saat ajal sudah menghampiri...dan itulah Muhammad SAW
Dan kini masih kita katakan hidup itu tidak adil? Sedangkan kasih dan cinta abadi itu telah menunggu kita di pintu syurga kelak...InsyaAllah...
Kejarlah cinta hakiki itu kerana sesungguhnya jika kau abadikan cinta pada Allah dan Rasulullah, dirimu tidak akan pernah kecewa...
Kejarlah kasih daripada Yang Maha Esa, kerana Dialah sebaik2 kekasih yang patut kau hampiri...
Kejarlah perhatian daripada Yang Maha Adil itu kerana Dialah sebaik2 kekasih yang patut kau dambakan untuk bersama...


Kejarlah cinta Allah itu kerana Dialah satu-satunya Tuhan yang patut kau hubungi setiap hari...
Kejarlah sunnah Muhammad, kerana dialah insan yang pertama merinduimu walau roh belumpun ditiupkan dalam jasadmu sekarang..
Kejarlah keredhaanNya kerana Dialah sebaik2 Tuhan yang patut kau syukuri...
Kejarlah gelaran hamba yang mensyukuri nikmatNya kerana bermula daripada nafasmu yang pertama di dunia ini, terlalu banyak nikmat yang kau lalui...
Dan akhirnya, kejarlah cinta Ilahi itu kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hatimu...Dia Maha Memahami hambaNya...Dia Maha Pengampun segala dosa-dosamu...Dia Maha Pengasih dan Dia ialah sebaik2 Tuhan yang hanya kepadaNya kau dapat nikmati kenikmatan iman, islam dan hidup...tiada manusia yang pernah dapat menyaingiNya dalam segala hal ini!
                                                                          Wallahuallam
 SUMBER RUJUKAN:artikel di facebook

Wednesday, May 18, 2011

Jom masak~Kangkung goreng Berlada~

Assalamualaikum,sahabat-sahabat.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.AW,para ahli kerabat Baginda dan para sahabat Baginda.

Entry kali ini kelainan sedikit nak berkongsi satu resipi yang telah ana cuba kali ini,resipi mak ana lah..simple je lauknya..hehe bila tak pandai masak ni awal- awal mmg kurang sedap, Insya Allah praktikal lebih sikit,boleh sedap lepas ini.Ana nak kongsi resipi mak.Selalunya kangkung goreng belacan kan?Tapi kali ini tak guna belacan.kita masak berlada saje.





Bahan-bahan:
1.Sayur Kangkung(ikut berapa banyak hidangan yang hendak di hidang)
2. Sebiji bawang merah
3.3 ulas bawang putih
4.Beberapa tangkai lada kering yang telah direndam (nak cepat lembut lada kering rendam dengan air panas,dan gunting lada kering kecil2)
4.garam mesti ada secukup rasa
5.ajinamoto sikit
6.Sedikit ikan bilis

cara-cara:
1.Sayur kangkung dipotong,bersihkan sayur kangkung buang pasir pada sayur,toskan.
2.Kupas bawang merah,bawang putih kemudian,masuk kan sedikit ikan bilis,bawang putih,bawang merah dan beberapa tangkai lada kering yg telah dibuang biji ke dalam pengisar.Kisar bahan-bahan tersebut.
3.Panaskan minyak,kemudian masuk bahan yang telah dikisar sebentar tadi.Goreng bahan kisar tadi hingga didih sedikit sampai naik bau.Kemudian masukkan garam secukup rasa dan sedikit ajinamoto sebagai penyedap rasa masakan.
4.Masukkan sayur kangkung ke dalam kuali tadi.
5.Masukkan air,tapi tak perlu banyak sangat.Ala kadar sahaja
6.Goreng sayur hingga mendidih dan masak lebih kurang 5 minit(jangan lama-lama nanti layu sayurnya)
7.Hidang sayur diatas pinggan.Sedia untuk dimakan bersama nasi.

Resipi ini ana dah cuba.mudah-mudahan anda masak lagi sedap.selamat mencuba.Mak kata sayur kangkung sejuk.Jadi tips sayur sejuk baik masak dengan goreng berlada sedikit.Kalau nak tambah  sedikit halia pun boleh.Sape yg gemar belacan,boleh tambah.SELAMAT MENCUBA!!

Monday, May 16, 2011

Saatku memandang langit Mu ya Allah.

Assalamualaikum sahabat-sahabat.Dengan lafaz Basmallah ...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..pena ini  menulis.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga Baginda,dan para sahabat Baginda.


Ape yang anda pandang masa anda pergi kemana-mana bila naik kereta,bas or any transport..Langit ciptaan Allah sudah tentukan..damai dan tenang..



Indah langit Mu ya Allah
Takkala kumemandang langit pagi yang cerah,kehijauan pokok-pokok disepanjang perjalanan.
Ku merenung langit Mu ya Allah,Subhanallah tenang dan damai yang ku rasa.
Ciptaan alam oleh Mu, berzikir kepada Mu
,membuat hatiku damai,menghilangkan resah dihatiku

Indah langit Mu ya Allah
kurenung dan terus ku renung
hati ini gelisah Ya Allah 
mujur ada penawar yang Kau beri pada hati setiap insan
penawar dihati tenang saat merenung ciptaan alam Mu
hilang,hilang seketika masalah dihati.
Subhanallah
Alhamdulillah 
Allahuakhbar
lidah ini memuji keagungan ciptaan Mu Ya Allah

Indah langit Mu ya Allah
ku renungi jauh tingginya langit Mu Ya Allah
Aku tahu Ya Allah Kau lebih mengetahui masalah jauh disudut hati ini
Aku tahu Kau mahu tunjuk hikmah disebalik ujian diri yang diterima
jauh disudut hatiku Ya Allah 
agar aku menemui jalan keluar dari rasa bimbang dan gelisah ini

Indah langit Mu ya Allah
ku panjat doa dan harapan
ku panjat keampunan
diberi peluang untuk mencari Nur mu Ya Allah
Mencari hikmah disebalik ujian ini ya Allah
ku amati keindahan langit nan indah Mu ya Allah


-bisik hatiku

Subhanallah indah langit Allah.Saat ana memandang ke langit,ana terfikir luasnya langit Allah.Saat perjalananku ke muar,nak ambil sijil SPM.Ana nyanyi2 sikit lagu kegemaran nasyid pilihan Segalanya Milik Mu~MESTICA..sambil mendengar slot pagi di ikim tentang hari guru.Dihayati lagu ini sungguh syahdu maksudnya.

Sambil berfikir Kenapa aku diuji?Kapan masalah insan ini mahu selesai(jawa sikit).?UJIAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN. Kenapa Pengorbanan?Pengorbanan itulah sendiri yang menjadi setiap insan yang diuji itu berfikir,dan terus berfikir diruang benak fikiran di sebalik kekuasaan AllahBerfikir tentang hikmah yang diberi oleh Allah kepada insan.Ujian pada insan itu berbeza-beza mengikut kemampuan dan level imannya.Setiap orang Mukmin itu diuji.Dalam Firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta".(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


  "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Al Baqarah 286)
Pengorbanan disebalik ujian itulah Allah mahu memberi Rahmat dan ganjaran ke atas seseorang.Malah, disebalik pengorbanan itu sebenarnya ada sinar kekuatan yang Allah beri untuk kita terus terus berusaha tanpa mengalah disebalik ujian insan.Satu ungkapan kata-kata yang menarik yang ingin dikongsi:

jangan letakkan garam di dalam air yg sedikit, masinnya akan terasa

tetapi letakkan ia di dalam tasik yang besar, agar hilang masinnya


begitulah dgn masalah yang kita hadapi, jgn terlalu menumpukan pd masalah tersebut sehingga membebankan diri sendiri...


tp berlapang dada lah, krn dengan nya mudah bg kita menerima hidayah dan pasti ada hikmah 
disebaliknya..




Kadang-kadang kita rasa frust dengan ujian yang kita terima.Hati ini kadang-kadang memberontak.Apa yang kita mahu tak dapat.Kita dah berusaha,tapi kadang-kadang hasilnya pula kurang menepati kehendak kita.Tapi ,sebenarnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita disebalik ujian kita yang hadapi.Kemudian dalam firman Allah juga:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah 216)








Tapi,aku tak tahu macam mana nak selesai masalah aku?Hati merintih berkata Kenapa dan harus Bagaimanakah ?Solusinya,minta pada-Nya.


Doa sebagai senjata Mukmin.Berusahalah kita sebaik mungkin kemudian serahkanlah kepada-Nya sepenuhnya.





“Barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan cukupkan (keperluannya).”
  (At-Thalaq ayat 3)
ada klip video dari USTAZ ASRI..^^ BEST!!






wassalam...salam ukhwah -humaira

Sunday, May 15, 2011

Israel Sambut 63 Tahun Kelahirannya Dengan Penuh Gementar

Assalamualaikum sahabat-sahabat.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.,ahli keluarga Baginda,dan para sahabat Baginda.Hari ini 15 May berdasarkan kalender Masihi.Ana ingin berkongsi beberapa artikel yang patut kita umat Islam perlu tahu disebalik sejarah berkenaan Hari Nakba.Ana pun baru tentang tarikh sejarah berkenaan.Jadi sama-sama kita ambil tahu berkenaan Hari Nakba pada tanggal 15 Mei pada tahun 1948.Maka hari ini genaplah 63 tahun.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.

Holocaust.


Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
63 tahun An Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.




Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel



Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Kita berjumpa di Al Aqsa nanti



SUMBER RUJUKAN:zainurrashid.com

PALESTIN Bumi Ribat Dan Jihad

sambungan dan tambahan maklumat..

PALESTIN BUMI RIBAT DAN JIHAD
Print
Al Quds merupakan bumi ribat dan jihad umat Islam. Hal ini dibuktikan mengenai kisah di dalam Al Quran tentang Masjidil Aqsa, Rasulullah juga pernah berbicara mengenai kelebihan solat di dalamnya, termasuklah khabar gembira yang mengatakan bahawa bumi Al Quds ini akan dikuasai oleh Umat Islam satu hari nanti, bumi ini kembali disejahterai dengan haknya kembali ke pemilik yang asal iaitu mereka yang mengabdikan diri dan menyembah kepada Tuhan yang satu, Allah Taala.
Ketika mula-mula bumi Al Quds dikuasai oleh Umat Islam pada era kekhilafahan Umar Al Khattab, penduduk asal di situ dikenali sebagai Iliya' (salah satu kaum yang ketika itu memeluk agama Nasrani). Uskup utama yang bernama Sophronius mensyaratkan bahawa kunci Al Quds hanya akan diserahkan kepada Khalifah, bukan dari kalangan wakil-wakilnya.


Lalu pergilah Khalifah Umar dari Kota Madinah ke Al Quds sebagai salah satu pengembaraan penuh sejarah dan menarik, kunci kota Al Quds diserahkan secara rasmi kepadanya, dan Khalifah melakukan perjanjian aman kepada penduduk-penduduk Al Quds waktu itu yang beragama Nasrani dan ia dikenali sebagai perjanjian yang sangat masyhur iaitu ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant). Perjanjian itu memberi jaminan bahawa gereja-gereja, hak kepercayaan, syiar agama mereka, diri mereka dan harta mereka akan berada di dalam keadaan aman dibawah persetujuan yang terkandung dalam Wathiqah Umariyyah. Perjanjian ini disaksikan oleh beberapa orang hulu balang Islam antaranya, Khalid bin Al Walid, Abdul Rahman bin Auf, Amru bin Al 'As dan Muawiyah bin Abi Sufyan.


Allah telah memaklumkan kepada Baginda Muhammad SAW bahawa tanah suci ini akan dibebaskan dari cengkaman musuh, atau ia akan diancam dengan pencerobohan dan penjajahan. Kerana itu Umat Islam diseru untuk teguh mempertahankan Al Quds, berjihad mempertahankannya agar tidak jatuh ke tangan musuh, dan berusaha untuk membebaskannya jika ditakdirkan Al Quds ini kembali ke pangkuan Umat Islam.


Hal ini dikhabarkan oleh Baginda SAW mengenai suatu pertempuran yang ditunggu-tunggu antara Kaum Muslimin dan Yahudi, bahawa kemenangan pada akhirnya akan memihak bagi Kaum Muslimin, di mana semuanya menyokong umat Islam sehinggakan batu dan pokok, akan berkata-kata tentang lokasi musuh dengan bahasa lisanul hal atau mungkin dengan cara lisanul maqal.


Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya". - web qaradawi.net


Moga-moga apa yang disampaikan oleh Dr.Yusuf Al Qaradawi menjadi ingatan kepada kita bahawa tanggungjawab yang besar harus digalas oleh seluruh umat Islam untuk membebaskan Palestin. Pada bulan Mei 2011 ini, genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan negara haram Israel pada 15 Mei, manakala ia disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).


Ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai, kini telah terbentang seluas-luasnya di mata rakyat dunia bahawa Israel-lah pengganas, negara yang dibina mereka wajar yang digelar sebagai rogue state (negara penyangak).


Amat luar biasa sekali, era-era mutakhir ini pembela negara Palestin bukan sahaja terdiri di kalangan Umat Islam tetapi ia turut diraikan masyarakat Non-Muslim, di Eropah, Amerika, Korea, Jepun dan sebagainya. Benarlah bahawa manusia yang berpeluang meneliti sejarah, mereka akan melihat perjuangan kosmik yang berlaku di antara kuasa baik dan kuasa durjana, watak bacul dan watak panglima, kehidupan bermaruah dan penuh hina.


Salah satu sejarah yang perlu diketahui kita semua, David Ben Gurion pernah menjadi salah seorang pejuang negara Zionist-Yahudi. Maka kejayaan Yahudi menceroboh Palestin pada tahun 1948, telah mengangkatnya menjadi Perdana Menteri Israel pertama. Menariknya, ada sebuah pengakuan Ben Gurion yang wajar difahami oleh pemimpin Arab semua :


“If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault ? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?”


"Jika saya adalah pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan sudi menandatangani satu perjanjian (berunding) dengan Israel. Ini adalah normal; Kita (Israel) telah mengambil tanah mereka. Benar, Tuhan telah menjanjikan (tanah tersebut) untuk kita, tetapi bagi mereka tanah ini apa ertinya? Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Memang, ada gerakan-gerakan anti Yahudi (Semit) seperti Nazi, Hitler dan Auschwitz tapi apa salahnya mereka (bangsa Arab) kepada kita? Mereka hanya dapat melihat satu hal; Kita (Israel) datang dan mencuri tanah air mereka. Mengapa mereka harus menerima ini?


Inilah hakikat yang terhujam begitu dalam dengan realiti kebangkitan negara haram Israel yang perlu ditangani. Ucapan Ben Gurion sekaligus menempelak kelesuan dan kebisuan pemimpin-pemimpin Islam, kerana bangsa Yahudi sendiri mengakui jika mereka menyelami perasaan menjadi warga Palestin – sudah pasti penentangan yang paling layak diberikan adalah menekan Israel. Hal yang sama turut pernah disebut oleh Ehud Barak, mantan menteri pertahanan Israel;


“If I were a Palestinian of the right age, I'd eventually join one of the terrorist organizations.”


"Andai saya ditaqdirkan lahir sebagai warga Palestine, saya akan ikut berjuang bersama organisasi terorist (muqawamah) untuk merebut kembali tanah ini" - The Israel Lobby and US Foreign Policy, John Mearsheimer & Stephen Walt.


Amanat 2 orang Yahudi ini ibarat Syaitan yang mengajarkan Ayatul Kursi kepada Abu Hurairah RA. Walaupun istilah terrorist yang disebut oleh Ehud Barak tidak bertepatan dengan idea Islam, tetapi kita sedari bahawa di mana-mana pun kebangkitan Islam untuk melepaskan diri dari penjajahan, maka mereka akan memanipulasi media dengan mengistilahkan pejuang Islam sebagai terrorist. Ketahuilah Islam telah membuktikan kedatangan dengan salam, pertemuan umat Islam dengan salam, perpisahan umat Islam dengan salam, salam disebarkan penuh seluruh. Lalu mengapa umat Islam dianiaya? - Editor Tarbawi


SUMBER RUJUKAN:www.tarbawi.my

Saturday, May 14, 2011

Hukum Jual Tudung Kepada Remaja Tak Sempurna Tutup Aurat

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Soalan
a'kum uzar....saya betul-betul hendak tahu. Harap uzar dapat huraikan sedikit secara ringkas. Bulan Ramadhan ni saya ada niat nak jual tudung kepala tapi apa hukumnya kita jual tudung yang ramai wanita-wanita dan remaja-remaja sekarang yang memakai tudung bawal contohnya, kain tudung bidang  45, kalau dipakai pasti akan nampak leher dan telinga (sebab mungkin nipis sikit cuma tidaklah terlalu nipis), kadang-kadang  dada pun tak ditutup...harap sangat ustaz dapat jawab..hukum asal jual kan harus?.
-ruangan komentar- 
Tudung saji kah?
 
Jawapan
Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.
Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembel yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.
Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.
Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]
Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman[2] menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-
أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر
Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3]
Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.
Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. [4]
Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.[5]   
Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.  


[1] Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islamiy wa Adillatuh, p. 5:3458
[2] Al-Buyu' Al-Darrah, hlm 265, cet Dar As-Salam
[3] Mukhtasar Al-Muzani, 1/84 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/334
[4] al Muhazzab, Al Syirazi,, 1/267, Mukhtasar al Tahawi, al Tahawi, hlm.280.
[5] Ibid, As-Syirazi, 1/267; Al-Majmu', 9/ 345

Thursday, May 12, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
tidak akan tersesat selamalamanya

WAHAI manusia, dengarlah baikbaik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segalaapa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.





Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

WabitTaufiq Walhidayah.Wassalam. 


SUMBER RUJUKAN : halaqah.net

Sunday, May 8, 2011

~Terima Kasih Ibu~

 
 
 
 
 
Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.
Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.
Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.
Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.
Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu  masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".
Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,
Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."

Thursday, May 5, 2011

Lirik Nasyid::Segalanya Milikmu..

Assalamualaikum..sahabat-sahabat ana nak kongsi lagu nasyid yang baru ana dengar dan sangat menjadi kegemaran nasyid ana kali ini..best liriknya..jom kita dengar-dengar kejap..




Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...