Hidup ini kadang2 tidak putus dengan kekecewaan kerana kita terlalu mengharap kasih yang tidak abadi daripada manusia...
Hidup ini kadang kala sering dianggap tidak adil setiap kali kita merasakan segala pengorbanan kita tidak dibalas dengan balasan yang setimpal...
Hidup ini sering sahaja disalah erti pabila diri merasakan air mata yang dicucurkan untuk makhluk Allah yang bernama manusia dianggap tidak bernilai...
Hidup ini jua sering dijadikan kambing hitam yang dipersalahkan hari demi hari hanya kerana rindu pada hamba Allah yang bernama manusia itu kian menebal tetapi tidak pernah disedari oleh manusia itu...
Hidup ini juga dianggap dipenuhi dengan rantaian derita yang tidak putus-putus hanya kerana segala perkara yang berlaku itu tidak seperti kehendak kita...
Namun, jika sahaja kita sedar...kira2 seribu tahun yang dahulu, terdapat manusia mulia yang sudah menangis terlebih dahulu, kerana rindukan umatnya...umatnya yang dikatakan tidak pernah bertemu dengannya namun rindukannya dan menyintai Allah...dan umatnya inilah yang telah membuatkan menitisnya air mata manusia yang mulia ini hingga membasahi mata yang tegar memperjuangkan islam dan umat ini jualah antara kata2 akhir yang dituturkan di mulut manusia mulia ini saat ajal sudah menghampiri...dan itulah Muhammad SAW
Dan kini masih kita katakan hidup itu tidak adil? Sedangkan kasih dan cinta abadi itu telah menunggu kita di pintu syurga kelak...InsyaAllah...
Kejarlah cinta hakiki itu kerana sesungguhnya jika kau abadikan cinta pada Allah dan Rasulullah, dirimu tidak akan pernah kecewa...
Kejarlah kasih daripada Yang Maha Esa, kerana Dialah sebaik2 kekasih yang patut kau hampiri...
Kejarlah perhatian daripada Yang Maha Adil itu kerana Dialah sebaik2 kekasih yang patut kau dambakan untuk bersama...
Kejarlah cinta Allah itu kerana Dialah satu-satunya Tuhan yang patut kau hubungi setiap hari...
Kejarlah sunnah Muhammad, kerana dialah insan yang pertama merinduimu walau roh belumpun ditiupkan dalam jasadmu sekarang..
Kejarlah keredhaanNya kerana Dialah sebaik2 Tuhan yang patut kau syukuri...
Kejarlah gelaran hamba yang mensyukuri nikmatNya kerana bermula daripada nafasmu yang pertama di dunia ini, terlalu banyak nikmat yang kau lalui...
Dan akhirnya, kejarlah cinta Ilahi itu kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hatimu...Dia Maha Memahami hambaNya...Dia Maha Pengampun segala dosa-dosamu...Dia Maha Pengasih dan Dia ialah sebaik2 Tuhan yang hanya kepadaNya kau dapat nikmati kenikmatan iman, islam dan hidup...tiada manusia yang pernah dapat menyaingiNya dalam segala hal ini!
Wallahuallam
SUMBER RUJUKAN:artikel di facebook
No comments:
Post a Comment