cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Thursday, December 6, 2012

cinta Ilmu:Ilmu dan Wara’

Bismillahirrahmanirrahim...




Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.
Ilmu dan Wara’

1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun, syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu haram.

2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah, blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti. Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar belakangnya.

3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.

4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai 13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.

5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2 kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka renungkanlah kembali.

Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad
 
kongsikan bersama dr nota sahabat ana,adik amira azhar..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...