cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Showing posts with label cinta Ilmu. Show all posts
Showing posts with label cinta Ilmu. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

coretanku:disaat rahmat Allah menyapa hati kita...




Assalamaualaikum...
bismillahrirahmanirrahim...



berbicara,menulis,mahu memotivasikan erti makan kehidupan kurniaan Allah ini..

ingat tanpa dengan rahmat Allah,kita mungkin tidak akan ada disaat ini...

malah,daripada apa yang ana dengar,Allah tidak melihat amalan kita sejauh mana untuk masuk syurga.hanya dengan RAHMAT Allah sahaja dapat seorang hamba dapat masuk ke syurga..

kita tidak tahu sejauh penerimaan amalan kita di pandangan Allah..
bermohonlah kita sentiasa ,untuk beramal dan terus beramal dengan mengharapkan rahmat Allah..

saya ambil contoh kata habib ali zainal abidin semasa um berselawat..
manfaat kita jika menghadiri majlis Ilmu,tanda KASIH SAYANG Allah pada kita


"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid







 ini gambar semasa Habib Ali Al Jufri, di uia gombak...
...

buat sahabat sekalian,ketahuilah saat hati kita disapa oleh rahmat Allah,syukurilah,kerana ANDA DALAM PILIHAN ALLAH..

mengapa harus ragu?mengapa terus banyak persoaln? 
lihatlah dengan pandangan hati...
saat Allah memberi ilham kepada kita,ketahuilah Rahmat Allah sedang menyapa kita..
sesungguhnya nikmat-Nya,membuatkan kita makin dekat padaNya..
saat ujian menyapa diri kita,ketahuilah itu juga Rahmat Allah..
kerana...
disitu hati kita diuji untuk terus mencari jalan mujahadah..
terus memburu cintaNya..
dengan syarat,..

ILMU..

pesan Imam Ghazali,ada 3 ilmu yang perlu kita kukuhkan sebelum saat kematian:
-Ilmu TAUHID(ilmu untuk mengenal Allah,ilmu akidah)
-Ilmu FIQH(ilmu berkenaan hukum hakam dalam soal ibadah seharian)
-Ilmu TASAWUF(Ilmu sufi,akhlak dan adab dalam seharian kita)

ketahuilah sahabat2ku..disaat Allah memberi rahmat pd kita, itu tanda Dia Maha Penyayang pd hambaNya yang beriman..

saya nak promote buku terbitan dr murabbi,baru sahaja keluar dalam tempoh bbrp bulan yang lalu..








boleh dapati dikedai buku berhampiran..
pengarang buku ini,USTAZ MUHADIR HJ JOLL,pensyarah uia petaling jaya,jabatan ilmu wahyu..

ketahui sahabat2,seseungguhnya nikmat Allah bagi kita saat ini dan ketika ini,ingatlah hanya dgn rahmat Allah,..

sama2 kita renung..

jaga hak Allah,Allah akan jaga hak kita..

nikmat yang paling besar,adalah nikmat ISLAM...
 doa yang sering diajar oleh RASULULLAH..

Ya ALLAH tuhan yang Maha membolak-balikan hati manusia, tetapkanlah hati kami atas agamaMU dan ketaatan padaMU...




wallahu'alam..

Saturday, December 8, 2012

majlis ilmu..maulid bulanan di Darul murtadza,setiawangsa

"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
-
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid



Thursday, December 6, 2012

cinta Ilmu:Ilmu dan Wara’

Bismillahirrahmanirrahim...




Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.
Ilmu dan Wara’

1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun, syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu haram.

2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah, blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti. Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar belakangnya.

3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.

4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai 13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.

5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2 kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka renungkanlah kembali.

Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad
 
kongsikan bersama dr nota sahabat ana,adik amira azhar..
 

Sunday, December 2, 2012

cinta ilmu:Adab-Adab Menuntut Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki




Tajuk : Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
catatan daripda sahabat ana,adik ukhti amira..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...