Cinta sejati..
Cinta yang suci..
Hanya dituju kepada Illahi..
Bukannya kepada manusiawi..
Cinta itu anugerah..
Yang datangnya daripada Allah..
Sebagai penunjuk arah..
Dalam menggapai cita-cita..
Untuk melangkah ke Jannah..
Cinta itu indah..
Jika disandarkan kepada Allah..
Jika disandarkan kepada Rasulullah..
Jika bertepatan dengan Syariah Islamiah..
Sebaliknya..
Cinta itu akan punah..
Bila semuanya tidak terarah..
Bila tidak bersandarkan pada Quran Sunnah..
Dosa dirasakan pahala..
Syaitan menjadi kawan..
Kawan dirasakan lawan..
Nafsu datang melulu..
Hati menjadi mati..
Segala nasihat..
Pastinya tidak akan diambil peduli..
Cinta itu indah..
Kerana ianya hak milik Allah..
Dikurniakan kepada kita di dunia..
Hanya untuk mengenaliNya..
Untuk mengkaji ciptaanNya..
Untuk melihat keagunganNya..
Untuk mencari jalan yang diredhaiNya..
Untuk bersujud, hanya kepadaNya..
Rosaklah cinta..
Jika disalah guna..
Jika diserahkan kepada manusia..
Menjadi pemuas nafsu semata-mata..
Cintailah Illahi..
Pastinya kau tidak akan rugi..
Pastinya kau tidak akan menyesali..
Pastinya tidak akan timbul perasaan cemburu di hati..
Akan tetapi..
Cintamu itu juga..
Akan bertambah-tambah seri..
Akan bertambah-tambah tinggi..
Akan bertambah-tambah asli..
Hati terasa tenang..
Dada terasa teramat lapang..
Jiwa merasa selesa..
Biarpun ujian datang melanda..
Itulah cinta sejati..
Bila betul dijana..
Diri akan semakin dekat denganNya..
Hati semakin khusyuk kepadaNya..
Hidup lebih bererti daripada sebelum-sebelumnya..
Hari-hari yang dilalui..
Menjadi lebih bererti..
Hati semakin ternanti-nanti..
"Bilakah waktu untukku menghadapMu ya Illahi ?"..
Semaikan cinta..
Hanya kepadaNya..
Kerana itulah sifatnya sebagai seorang hamba..
Yang hanya mencintai Tuannya sahaja..
Bukannya kepada manusia..
Hanya pandai bermain kata..
Pandai dalam membuat dusta..
sumber =iluvislam..
No comments:
Post a Comment