cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Friday, March 4, 2011

Kerana Dirimu Amat Berharga


Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

     saya suka berkongsi lirik lagu kerana lagu kegemaran saya ini mengungkap sebalik ciptaan insan bergelar identiti seorang muslimah,serikandi Islam sebagai sayap kiri perjuangan Islam.Martabat seorang wanita bukanlah dilihat dari segi kecantikan rupanya,pakaiannya,kelembutannya dan keindahannya semata-mata tapi dilnilai dari segi  kecantikan akhlak  terhadap agama Allah.

     Contohnya Siti Khadijah sebagai usahawan wanita berjaya,Aisyah Humaira terkenal sebagai tempat rujukan dalam perterjemahan hadith,Asma' dengan keberaniannya memeberi bantuan makanan terhadap Rasulullah dan Rabiatul Adawiyah yang sentiasa meletakakkan cinta Allah hingga ke akhir hayatnya.
Subhanallah..itulah contoh serikandi Islam dapat kita contohi.



Wanita Solehah
ibarat ros merah yang berduri
dirinya dipagari dengan duri-duri tajam yang  dibekali dengan perisai Iman& Taqwa
dirinya sangat berbisa bila didekati oleh kumbang-kumbang yang ingin hinggap pada kelopak mekarnya dirinya teguh berdiri ditiup angin kencang dibasahi hujan dengan sentiasa berzikir mengingati namaNya
sebaik- baik perhiasan adalah
Wanita Solehah



alhamdulillah sedikit perkongsian realiti seorang insan bergelar Hawa.Insya-Allah saya mengingati diri ini dan mengajak kaum hawa diluar kita sama mengenal diri ini sejurus kita mahu mendekati Allah & mencari keredaan-Nya.

mari renungi Firman Allah:


31.     Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


   32. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(An-Nur24:31-32)

wassalam....







2 comments:

  1. kecantikan wanita tidak akan bererti tanpa akhlak dan perilaku mulia,,,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...