cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Monday, October 31, 2011

Sunnah Rasulullah::dahulukan yang kanan..^_^

Assalamualaikum,alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya dengan cinta dan kasih-Nya,dengan izin-Nya ana nak mengepost sedikit entry kali ini.Selawat dan salam ke atas junjungan kekasih Allah,Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli kerabat dan sahabat Baginda.

insya Allah,entry kali ini ana nak berkongsi satu video fathabiuni,com.Rancangan ini disiarkan di tv al-Hijrah,jom sahabatku..rancangan ini saya best,ringkas malah padat dengan pengajaran daripda sunnah Baginda yang boleh kita amalkan,insya Allah.Mudah-mudahan kita dapat mencontohi sunnah Baginda,insya Allah menambah kecintaan kita kepada junjungan Nabi Muhammmad S.A.W...


Tuesday, October 25, 2011

Perkongsian::Menteri mana pilihan anda?

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja. Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khilafah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak, beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok , terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup’. Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie, Lagi pun raja masa ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka. Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buat yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buat yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita, bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C. Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita. Atau kita ini hanya menteri C sahaja. Mari kita renung dan ambil Pengajaran dari cerita ini.


Disesuaikan sebahagian Kuliah Maghrib SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER (Guru Tahfiz Masjid al-Nabaw) pada 10 Rejab 1432H (11 Jun 2011) di Masjid Al-Hasanah

sumber rujukan:http://layarminda.blogspot.com/2011/06/menteri-mana-pilihan-anda.html

Friday, October 21, 2011

Tarbiyyah:Ketenangan cinta-Nya

Katakanlah, “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”. (Ali Imran 3:31)


Hatiku berbicara..

Disebalik jendela ku termenung,berfikir sendirian,memikir sesaat,jauh ke hadapan
Ku lihat awan mendung seiring bergerak perlahan-lahan,gelap dan suram
Ah,aku terbuai perasaan seketika,memikir rasa cinta ini,
Adakah ini makna cinta?
Cinta daripada Sang Pencipta,Subhanallah.


Namun aku rasa lemah,aku tak mampu menghadapinya
Ku berfikir sesaat,dimana ku merasakan ketenangan Cinta-Nya
Luas benar kasih cinta ini,aku merasakan ini satu ruang aku bernafas dengan cinta-Nya.
Teringat pula novel karangan Fatimah Syarha,bertajuk Sebarkan Cinta-Mu,indah pada tajuknya.
Sungguh,adakah ini makna tarbiyyah kehidupan,
TARBIYYAH BUKANLAH SEGALANYA,TETAPI SEGALA-GALANYA 
BERMULA DENGAN TARBIYYAH
....
fikiranku buntu,seketika memikirkannya,
Benar,cintaku sedang diuji,mampukah aku memahami memaknakan cinta pada-Nya.
hambaNya sentiasa diuji dengan makna cinta,
ya cinta yang diuji dalam memakna dan mentafsirkan cinta kepada Pencipta Yang Esa


Cinta itu bukan tidak buta,aku akui
mencari cinta dalan tarbiyyah,sukar dicari melainkan MUJAHADAH dalam mencarinya
lamunan ku seketika terhenti,ku perhatikan seorang anak kecil dan ibunya sedang bermain riang
riang dan ceriaku melihatnya
aku tumpang gembira,hatiku berbicara
indah cinta-Nya,begitu Kau titipkan kasih dan cinta kepada hamba-Nya
hidup tanpa cinta-Nya,pastiku hilang arah,tenggelam dengan amarah
tanpa kasih dan cinta ini pasti kita menjadi duka,murung membaluti hati kita
tapi dengan kuasa cinta daripada-Nya
kita merasakan satu momentum kekuatan,dengan Rahmat-Nya
 ku merasakan 'Sakinah' iaitu ketenangan dengan cinta-Nya

cinta dengan dunia hanya sementara,cinta dengan akhirat itu yang abadi
cinta bukanlah kuasa magnet yang punya kutub penarikan fungsinya
tetapi ianya suatu anugerah daripada Sang Pencipta iaitu Allah kepada yang dicipta oleh-Nya









Wednesday, October 19, 2011

Mutiara kata...motivasi hati kita..




 Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]



Wednesday, October 12, 2011

Motivasi Diri:Tarbiyyah diri menjadi positif ?

Assalamualaikum...sahabat2.Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,ahli kerabat dan para sahabat Baginda.Alhamdulillah entry kali ini saya nak berbicara tentang kuasa MINDA POSITIF..

Sebelum itu mari kita renungi firman Allah:


"(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
                                                                     ( Ali ‘Imran: 191)

"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri”

                                                                        ( Ar-Rad : 11.)






Cuba anda bayangkan diri anda berda di litar lumba kereta.Ada 20 buah kereta yang sedang berlumba.Satu di antara mereka menjadi JUARA.Kerana apa?Sebab KUASA MINDA.Pemandu kereta tersebut membayangkan dirinya sentiasa berada di hadapan matlamatnya satu,"Aku nak habiskan perlumbaan ini dan aku yang pertama,AKU NAK JADI JUARA!"

Tetapi sedar atau tidak sahabat-sahabat.Kuasa Minda ini tidak mencukupi dengan hanya berimaginasi tanpa perlakuan.Tanpa  kerja yang tersusun dan sudah tentu memerlukan kerja keras yang lebih oleh si pemandu untuk mencapai JUARA dalam litar lumba.

Banyak skill yang perlu disemai dan sentiasa diperbaharui serta melengkapkan diri sebagai pemandu litar lumba yang mempunyai tahap skill yang mantap,disiplin yang tinggi dari segi pemanduan dan sebagainya.Andai si pemandu juga bermula dengan sifar dan datangnya perkataan dengan minat untuk menceburi dalam bidang ini sudah tentu ada permulaan untuk mengatur strategi menjadi hero dalam litar..hmm..saya jarang melihat perlumbaan kereta  seperti ini,tetapi perlumbaan kereta ini rata-rata amat popular dalam era global hari ini.

Tapi kenapa mesti kereta F1?Kerana saya berfikir bahawa pemandu berkenaan mesti mindsetnya sentiasa ke arah POSITIF.Menuju ke matlamat ke garisan penamat.Mungkin kita tak dapat membayangkan secara realiti keadaan si pemandu tersebut,tetapi cuba kita fikir-fikirkan semula bagaimana pula kalau landasan litar diganti pula dengan life kita.Kehidupan  sebagai seorang musafir dibumi Allah.Sudah tentu kita mempunyai matlamat.Matlamat apakah itu?ya,kita ada matlamatnya,iaitu untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah untuk memakmurkan  BUMI milik Allah.Ini sekadar perumpaan sahaja.Kita yang musafir bumi Allah(si pemandu) perlu mempersiapkan diri dengan amalan-amalan atau bekalan taqwa(skill si pemandu)untuk menuju ke akhirat(garisan penamat).Malah,yang pelumba-pelumba lain pula adalah kita sesama manusia yang sama-sama menuju jalan yang sama,lorong yang sama untuk meraih ganjaran syurga Allah(ke garisan penamat dan kemenangan di penghujungnya).Tetapi saya dan anda,kita sama-sama muhasabah kembali mampukah aku meraih SYURGA ALLAH YANG ABADI ITU?TEPUK DADA TANYA IMAN KITA SAMA-SAMA.Sama-sama kita berfikiran POSITIF untuk menggapai cinta -NYA.




ok.Apakah yang yang terbayang difikiran kita bila kita sebut MINDA POSITIF?


Jawapan si A-"Semangat pada diri atau yakin,saya ada matlmat dalam hidup"

Jawapan si B-"Masa depan saya 10 tahun akan datang,impian saya akan datang"

Jawapan si C-"Apa-apa sahaja yang mendorong saya untuk berjaya dan mengejar cita-cita"


Jawapan anda semua lebih kurang betul.Perspektif term 'Motivasi ' setiap seseorang yang mendorong  sesuatu ke arah lebih terbaik,maju ke hadapan


saya nak kongsi sedikit dari segi sudut fakta dan tips maklumat psiokologi berkenaan melalui cara kita membina motivasi dalam diri:


Mendekatkan diri dengan orang bermotivasi amat penting buat Anda. Orang bermotivasi biasanya ada sesuatu yang mahu dicapai.
Mungkin dia mahu berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya atau berjaya sebagai sebagai seorang insan cemerlang dalam keluarganya.
Apabila Anda dekat dengan dia, secara tidak langsung aura motivasi yang terpancari dari tubuh badannya akan meresap masuk ke dalam diri Anda. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari.
Minda Anda akan dipengaruhi oleh gelombang mindanya. Getaran gelombang minda orang bermotivasi ni amat kuat sebab mindanya terfokus pada satu arah sahaja – mencapai kejayaan.
Minda orang tidak bermotivasi getarannya tak kuat sebab mindanya fokus pada banyak perkara pada satu masa.
Ini menyebabkan mindanya bercelaru, lantas menjadikan gelombang mindanya juga bercelaru hingga menjadi seperti bercabang-cabang. Frekuensi getaran mindanya juga sering berubah-ubah sebab kecelaruan yang berlaku di fikiran.
Cari orang yang mahu berjaya kemudian dekatkan diri dengannya. Perhatikan kata-katanya sepanjang masa.
Jika dia seorang yang sentiasa bersemangat dan sentiasa berkata baik-baik serta selalu bersangka baik terzahir di dalam percakapannya, maka dia adalah orang yang perlu Anda dekati. Anda kena ‘tangkap’ cepat sebab orang begini susah nak dijumpai.

 



Getaran gelombang minda orang bermotivasi ni amat kuat sebab mindanya terfokus pada satu arah sahaja – mencapai kejayaan.






Ayat motivasi ini membuat saya dan anda BERFIKIR..dan terus BERFIKIR.Berfikir dengan cara bermotivasikan ini salah satu cara Allah sedang mengajarku sesuatu.Aku diberi peluang untuk merenungi dengan cara POSITIF.Aku harus bersangka baik dengan Allah.Husnuzon.Kita cuba berhusnuzon dalam banyak perkara,walaupun adalanya perit dan duka yang kita rasa.Mengambil peluang ini sebagai satu cara membina pemikiran yang baik.insya Allah kita sama-sama istiqamah ya sahabat-sahabat.


"Sesuatu yang perlu aku fikirkan saat ini,adalah be a POSITIF"

Antara yang sesuatu yang ingin saya kongsi bersama anda ialah cabaran semasa di kampus.Subhanallah,Allah banyak mengajar diri kita ini tentang banyak perkara..Saya dapat merasakan Allah sedang mengajar kita mengatur masa khususnya kita sebagai dunia pelajarAda pasang surutnya dalam kita menguruskan masa.Pada awal sem dahulu saya,agak-agak terpinga-pinga dalam percaturan masa.Tapi masuk sem seterusnya,Alhamdulillah,kali ini Dia benar-benar mengajar diri ini, hamba yang kerdil ini memang MASA ITU EMAS.Saya kadang-kadang berfikir buntu dimanakah perlu aku letakkan prioriti kerja-kerja dan study aku ini?Dalam perkara seperti ini.semestinya mindset kita harus POSITIF,kalu tidak kerja yang ingin kita laksanakan menjadi celaru dan menentu..relax dan cool..insya Allah,pasti ada jalan keluarnya.Positif dalam apa yang sedang lakukan terhadap sesuatu yang baik.Aturkan sebaiknya.insya Allah bersangka baik dengan masa yang ada dengan berfikir Allah sedang mengajarku.Sabar sikit je diperlukan..hehe.Kemudian,letakkan minda ada dalam suasana yang tenang,zikir dan istighfar banyak-banyak.


Barangsiapa memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikannya dari
setiap kesusahan ada jalan keluar, dan dari setiap kesempitan ada
penyelesaian, serta menganugerahinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.”(HR. Ahmad dan Ibnu Majah).


Situasi 1:
Apabila anda ternampak seseorang membuang plastik sampah di dalam longkang, adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Situasi 2:
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba memasuki rumah jiran anda. Adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Terlalu melampaukah analogi yang cuba diberi? Tetapi siapa tahu, orang dalam situasi 1 tidak berniat membuang plastik sampah merata, cuma tanpa disedari, plastiknya melayang diterbangkan angin ke dalam longkang. Dan siapa tahu, lelaki yang cuba memasuki rumah jiran anda hanyalah berniat untuk mengambil layang-layang anaknya yang diterbangkan masuk ke laman rumah jiran anda.

Saya tidak pandai beranalogi.

Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba disampaikan. Cabarannya untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik kepada Allah dan juga sesama manusia.

Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman.



Alhamdulillah,sekian itu sahaja entry kali ini.Moga sama-sama ianya memberi manfaat dan pengajaran kita bersama.Semakin banyak Allah menguji kita semakin banyak perlu kita membina pemikiran POSITIF dan cabaran kita untuk kita sentiasa bersangka baik dengan Allah,kerana ini salah satu cara TARBIYAH daripada Allah buat hamba-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang.Subhanallah.Katakan pada diri kita,Allah uji kita kerana ini tanda cinta daripada-Nya.BERSABAR,,sama-sama kita membina rasa sabar itu..insya Allah!!^_^

Monday, October 10, 2011

Disini ku merasakannya Dia sedang....

Assalamualaikum..alhamdulillah ke hadrat Allah,masih diberi peluang kepada kita hari ini untuk terus bernafas,masih berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang-Nya.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...JOM kita sama-sama berselawat yok..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى الهوصحبه وسلم


Dalam perjalanan pulang ke rumah di selatan tanah air..mataku memandang suasana persekitaran diluar sana.Subhanallah.sekejap sahaja masa berlalu.Sangat pantas masa berlalu..Alhamdulillah perjalanan lancar tiada kesesakan yang berlaku di landasan lebuh raya MALAYSIA-PLUS.Akhirnya,saya keluar dari kota metropolitan -Bandaraya Malaysia yang sememangnya sentiasa sibuk dengan lautan manusia mencari kerja,rumah yang tinggi-tinggi belaka dan mewah.Melihat kerenah dan ragam manusia,sempat  Humaira merenungi dan memikirkannya dalam LRT sebelum sampai ke terminal bas.
sambil berfikir dan merenung sejenak firman Allah S.W.T:

"Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)

Sem 2 di bumi uia pj,kali ini benar-benar mengajarku.Hikmah Allah begitu besar.Dengan cabaran dunia kampus yang semakin mencabar.

Allah mengajar dan mentarbiyah hamba-Nya melalui hikmah.

"Masya Allah.Aku terasa jauh dari Mu ya Allah jika Kau tiada di lubuk sanubariku.Bisik hatiku.Suasana uia kampus Petaling Jaya yang ku tinggal buat sementara untuk sem 2 ini,hening.Sayu ku melihatnya.Berat hatiku meninggalkannya."bisik hati Humaira.

Sewaktu dalam perjalanan ke terminal.Humaira tersekat sedikit di mesin penyentuh kad sesentuh untuk LRT.

seorang Bro.-lelaki menegur:"Assalamualaikum,dik nak balik ker?"tanya lelaki itu.

"Ya,saya kenapa?"Humaira menjawab sambil tangannya memegang 2 beg besar.

"Sekejap ya dik,boleh isi borang something tak?adik dari uia gombak atau pj?"

"saya uia,pj lagi ,encik"jawab humaira dala keadaan nak cepat kerana takut terlepas tiket bas.

"dik,budak uia tak sombong dik,sekejap jer"pujuknya

"Takpe ,encik saya nak cepat ni,nanti tertinggal bas pula"jawab humaira



Humaira cuba bersangka baik dengan encik tadi,tapi dalam dalam nada kecil nya.Aku tak kenal,tak perlu layan.Bukan apa,zaman sekarang sikap berhati-hati dengan orang luar perlu diambil kira.Demi keselamatan diri.

                                                                       ********************

Disini ku merasakannya Dia sedang mentarbiyah erti ikhlas dan syukur
Disini ku merasakannya Dia sedang mangajar aku erti kasih dan cinta
Disini ku merasakannya Dia mahu aku belajar sesuatu hikmah dari-Nya
Disini ku merasakanya Dia mahu aku belajar mengenali siapa sahabat,kawan dan rakan
Disini ku merasakannya Dia memberi ku peluang untuk meneruskan langkah ke destinasi penghijrahan diri
Disini ku merasakannya Dia bermula dan membina penghijrahan diri 
Tapi,mampukah aku istiqamah ya Rahman?
Hati ini adakalanya goyah...bantuku 
ya Rabbi..



                                                                      ********************
FIKIR DAN ZIKIR
Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"


Didalam Surah Al-Imran ayat 191, Allah berfirman:
" (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”
Baginda s.a.w. bersabda lagi (yang bermaksud):
Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat setahun “
(diriwayat oleh Ibnu Hibban)
Jiwa ini perlu diisi.Sama seperti cawan.Jika cawan yang kosong diisi dengan air.maka penuh lah ia.Tapi,cuba kita air ape yang ingin diisi ke dalam gelas itu?Kalu air sejuk,memang rasa cool jer biler minum.Tapi kalu panas pun ok juga.Cawan yang diisi dengan kopi,sudah tentu pahit rasanya tanpa gula,tapi ape cara kita untuk hilangkan rasa pahit itu,semestinya ada gula.
Begitulah jiwa.Manis bila diisi dan dididik yang benda baik.

Subhanallah,begitu jiwa manusia yang inginkan kebaikan.Fitrah manusia yang gemar kebaikan.
 Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     








Humaira meneruskan misi dan harapannya untuk meneruskan langkah ini.Meninggalkan memori sem2 di uia pj dengan seribu persoalan dengan harapan terjawab segala seribu persoalannya itu..dengan mencari JALAN MENUJU BAHAGIA MENCARI ERTI CINTA DAN KASIH SAYANG KEPADA ALLAH..


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...