اللهم صل على سيدنا محمد وعلى الهوصحبه وسلم
Dalam perjalanan pulang ke rumah di selatan tanah air..mataku memandang suasana persekitaran diluar sana.Subhanallah.sekejap sahaja masa berlalu.Sangat pantas masa berlalu..Alhamdulillah perjalanan lancar tiada kesesakan yang berlaku di landasan lebuh raya MALAYSIA-PLUS.Akhirnya,saya keluar dari kota metropolitan -Bandaraya Malaysia yang sememangnya sentiasa sibuk dengan lautan manusia mencari kerja,rumah yang tinggi-tinggi belaka dan mewah.Melihat kerenah dan ragam manusia,sempat Humaira merenungi dan memikirkannya dalam LRT sebelum sampai ke terminal bas.
sambil berfikir dan merenung sejenak firman Allah S.W.T:
Sem 2 di bumi uia pj,kali ini benar-benar mengajarku.Hikmah Allah begitu besar.Dengan cabaran dunia kampus yang semakin mencabar.
Allah mengajar dan mentarbiyah hamba-Nya melalui hikmah.
"Masya Allah.Aku terasa jauh dari Mu ya Allah jika Kau tiada di lubuk sanubariku.Bisik hatiku.Suasana uia kampus Petaling Jaya yang ku tinggal buat sementara untuk sem 2 ini,hening.Sayu ku melihatnya.Berat hatiku meninggalkannya."bisik hati Humaira.
"Masya Allah.Aku terasa jauh dari Mu ya Allah jika Kau tiada di lubuk sanubariku.Bisik hatiku.Suasana uia kampus Petaling Jaya yang ku tinggal buat sementara untuk sem 2 ini,hening.Sayu ku melihatnya.Berat hatiku meninggalkannya."bisik hati Humaira.
Sewaktu dalam perjalanan ke terminal.Humaira tersekat sedikit di mesin penyentuh kad sesentuh untuk LRT.
seorang Bro.-lelaki menegur:"Assalamualaikum,dik nak balik ker?"tanya lelaki itu.
"Ya,saya kenapa?"Humaira menjawab sambil tangannya memegang 2 beg besar.
"Sekejap ya dik,boleh isi borang something tak?adik dari uia gombak atau pj?"
"saya uia,pj lagi ,encik"jawab humaira dala keadaan nak cepat kerana takut terlepas tiket bas.
"dik,budak uia tak sombong dik,sekejap jer"pujuknya
"Takpe ,encik saya nak cepat ni,nanti tertinggal bas pula"jawab humaira
Humaira cuba bersangka baik dengan encik tadi,tapi dalam dalam nada kecil nya.Aku tak kenal,tak perlu layan.Bukan apa,zaman sekarang sikap berhati-hati dengan orang luar perlu diambil kira.Demi keselamatan diri.
********************
Disini ku merasakannya Dia sedang mentarbiyah erti ikhlas dan syukur
Disini ku merasakannya Dia sedang mangajar aku erti kasih dan cinta
Disini ku merasakannya Dia mahu aku belajar sesuatu hikmah dari-Nya
Disini ku merasakanya Dia mahu aku belajar mengenali siapa sahabat,kawan dan rakan
Disini ku merasakannya Dia memberi ku peluang untuk meneruskan langkah ke destinasi penghijrahan diri
Disini ku merasakannya Dia bermula dan membina penghijrahan diri
Tapi,mampukah aku istiqamah ya Rahman?
Hati ini adakalanya goyah...bantuku
ya Rabbi..
********************
FIKIR DAN ZIKIRDidalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
Didalam Surah Al-Imran ayat 191, Allah berfirman:
" (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.”
Baginda s.a.w. bersabda lagi (yang bermaksud):
“ Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat setahun “
(diriwayat oleh Ibnu Hibban)
“ Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat setahun “
(diriwayat oleh Ibnu Hibban)
Jiwa ini perlu diisi.Sama seperti cawan.Jika cawan yang kosong diisi dengan air.maka penuh lah ia.Tapi,cuba kita air ape yang ingin diisi ke dalam gelas itu?Kalu air sejuk,memang rasa cool jer biler minum.Tapi kalu panas pun ok juga.Cawan yang diisi dengan kopi,sudah tentu pahit rasanya tanpa gula,tapi ape cara kita untuk hilangkan rasa pahit itu,semestinya ada gula.
Begitulah jiwa.Manis bila diisi dan dididik yang benda baik.
Subhanallah,begitu jiwa manusia yang inginkan kebaikan.Fitrah manusia yang gemar kebaikan.
Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Humaira meneruskan misi dan harapannya untuk meneruskan langkah ini.Meninggalkan memori sem2 di uia pj dengan seribu persoalan dengan harapan terjawab segala seribu persoalannya itu..dengan mencari JALAN MENUJU BAHAGIA MENCARI ERTI CINTA DAN KASIH SAYANG KEPADA ALLAH..
No comments:
Post a Comment