cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Perkongsian::::Perigi Mencari Timba:::::

Assalamualaikum...salam sahabat.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi MUHAMMAD S.A.W.,ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda.



Sekadar perkongsian kita bersama dan renungan bersama,berdasarkan rancangan SEMANIS   KURMA,TV9 pada 28 April 2011.Pada kali Ustaz Wan dan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood, mengutarakan topik menarik,iaitu "PERIGI MENCARI TIMBA".Tajuk kali agak menarik perhatian,khususnya bagi mereka yang belum berkahwin,remaja- remaja yang juga ingin tahu lebih lanjut mengenai kupasan tajuk ini.Tidak lupa juga Ibubapa yang mungkin tidak melepas peluang menonton ilmiah seperti ini,tahniah buat TV9 kerana menerbitkan rancangan seperti ini.!Ana nak kongsi seba sedikit mengenai kupasan tajuk kali ini.Oleh kerana ana belum berkahwin,jadi ana cuba kupas sedikit mengenai input daripada rancangan itu.





                                                        ****************************

"Assalamualaikum,Nur.Ini mak.Kamu apa khabar?Sihat?Kerja macam mana?baik?"Mak Jah menelefon anaknya,Nur bertanya khabar.

"Wa'alaikumsalam,mak.Alhamdulillah...sihat.Kerja?Baik-baik sahaja mak.Tapi semenjak dua menjak ini ada banyak kerja sedikit,sibuk sikit mak."kata Nur sambil tangannya sibuk menyemak kertas-kertas kerja yang meninbun di atas mejanya.

"Oh,begitu,Maklumlah wanita bekerjaya memang begitu.Nur,mak nak tanya sikit kamu boleh?Tapi kamu jangan terkejut pula.Mak sekadar nak tau sahaja."tanya Mak Jah.

"tanya ape mak?Mak nak suruh Nur tempah barang ker?"tanya Nur.

"eh,taklah.Ni mak nak tanya kamu,kamu takde ker calon IMAM MUDA yang berkenan dihati?Maklumlah,kamu sorang jelah anak perempuan mak.Abang dan adik lelaki kamu dah dahului kamu dulu.Mak juga teringin sorang anak perempuan ini,dipetik kumbang."seloroh Mak Jah.

"la itu rupanya.Ni mesti tengok calon IMAM MUDA kat tv ni.Hehe..mak,mak.Bukan takde mak,Nur sibuk sikit dengan kerja ini,Insya Allah kalau Nur dah jumpa calonnya Nur bagitau mak ye,"kata Nur bersahaja.

"yelah,Nur.Itu sahaja jawapan kamu.Mak sekadar bertanya sahaja.Baiklah mak taknak ganggu kerja kamu,baik-baik yer.Tapi jangan terlupa makan pula,solat juga jangan tinggal.Jaga diri ya nak,"pesan Mak Jah kepada anaknya.

"Baiklah ,mak.terima kasih pesan mak tu"kata Nur sambil tersenyum.

"Hmm..yelah.jangan jadi istilah Perigi mencari timba sudah."kata Mak Jah.

"Insya Allah ,bila samapai seru insya Allah ada jodoh Nur mak.Ok, mak assalamualaikum,kirim salam sayang pada Abah"balas Nur.

"Wa'alaikumsalam.Insya Allah nanti mak kirim salam pada Abah kamu"kata Mak Jah.

                             **********************************************


Berdasarkan petikan dialog tadi.apa respon anda?PERIGI MENCARI TIMBA?Istilah peribahasa melayu yang berubah disebabkan beberapa faktor yang berlaku.Beberapa komen daripada masyakarakat sebelum rancangan itu bermula rata-rata memberi komen yang sama,tidak berapa eloklah kalau wanita dulu yang memulakan perkenalan.Wanita dahulu yang menyapa di sebelah pihak lelaki untuk memulakan pertemuan.Terdapat beberapa faktor yang mungkin mengapa istilah peribahasa ini boleh disalah tafsirkan.Kalau kita dunia hari ini golongan wanita melebihi daripada lelaki,golongan wanita mula memenuhi ruang-ruang pekerjaan baik jawatan awam dan swasta.Ada juga wanita yang bergelar bos syarikat.Malah di IPT juga wanita pula hampir mengusai koata universiti kira-kira 60% adalah wanita.Jadi,kadang-kadang lelaki pula jadi takut sedikit untuk meminang wanita yang mungkin lebih sedikit kelebihannya dari sudut pendidikan,mahupun kerjaya.Jadi mungkin istilah Pergi Mencari Timba ini menjadi bualan masyarakat hari ini.
Kalau kita singkap kembali sirah anbia',kisah Khadijah terpikat dengan Rasulullah dek kerana peribadi Baginda.Maka,Khadijah menggunakan orang tengah,Nafisah binti Maniyyah dalam urusan peminangan tersebut.Teladan ini dapat kita contohi bersama,kerana Islam tidak melarang dalam hal seperti ini tetapi biarlah kena pada caranya dengan mengikut adab-adab yang perlu dijaga.





                                                 ********************************


"Idah,aku nak tanya pandangan kamu sikit boleh?Mak aku dah mula bertanya-tanya kat aku tentang soal jodoh.Aku bukan tak mahu kahwin,bukankah kahwin itu sunnah Rasulullah.Aku sudah berkenan dengan seorang muslimin ini,masa itu kami masing-masing belajar ditempat yang sama.Aku tengok peribadinya baik,sopan dan berpegang kuat dalam agama.Tapi aku malu la Idah, segan.Lagipun aku tak pernah berbual dengan dia." tanya Nur kepada rakan serumahnya sambil menyelak majalah SOLUSI-MEMBURU KEMANISAN IMAN ISU- 30.

"Nur.Aku faham perasaan kau.Semalam aku tonton Semanis Kurma..masa itu kau tidur.So,aku tak nak ganggu kau tidur.Maybe kau penat siang hari  berkerja.Ustazah kata,kalau kita dah berkenan pada seseorang itu tak menjadi salah kalau kita dahulu yang memulakan perkenalan,tetapi masih lagi mengikt adab-adab perkenalan dalam Islam.Kita guna orang tengah,yang paling dekat Ibubapa kitalah.Kita bagitau mak ayah kalau kita ada berkenan dengan seseorang ini.Kau tahu kisah SITI KADIJAH  dan RASULULLAH kan?Macam tulah."kata Idah kepada sahabatnya yang dia kenal sejak menuntut di universiti.

"Tapi,nanti tu kata apa pulak.Seganlah.macam bunga mencari kumbang pula jadinya."seloroh Nur sambil ketawa kecil.

"Nur,aku yakin.Insya Allah, kalau lelaki yang faham agama dan kita sendiri nak berumah tangga kerana Allah.Kita nak pertemuan dengan si dia diredhai oleh-Nya.Insya Allah,Allah permudahkan.Kita sebagai manusia perlu berdoa dan sebelum membuat keputusan dalam sebegini solat Istikharah dulu.Ustazah pesan,dia bagi tip sekali,elakkan 4 P ni.."kata Idah.

"4 P?apa dia Idah?"soal Nur.tertanya-tanya ingin tahu.

"pertama,Pandang.maksudnya Jangan pandang lebih-lebih kepada bakal tunang tu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Pandangan mata itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh karena itu barang siapa yang meninggalkan pandangan karena takut dari siksa Allah serta iman, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya."
Kedua,Pegang.Jangan berpegang tangan lelaki dan perempuan yang belum halal bagi kita.

“Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah
Ketiga,peluk.Jangan peluk,sebab dia belum halal bagi kita.



Katiga,Peluk.Jangan berpelukan sebab dia belum halal bagi kita.


Keempat,perzinaan.Jangan hampiri zina. 

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim)

"lagi Idah ,Ustazah ada pesan apa-apa?"tanya Nur sambil mengangguk -angguk kepalanya tanda faham.
"lagi apa yer?Haa..ustazah ada bagi tips doa yang boleh diamalkan.Bolehlah kita amalkan doa ni lepas ini insya Allah.
  
  1.Surah Anbiyaa',ayat 89..Doa Nabi Zakaria
    “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan   Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

  2.Surah Ta-ha,ayat 39:"..Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orangterhadapmu"

(sila rujuk pada tafsir al-quran untuk terjemahan)


Doa tambahan:


Surah Al-Furqan,ayat 74.
..“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.



"alhamdulillah.ada juga tips doa yang boleh diamalkan.Terima kasih,ya sahabat.Kau banyak menolong dan sudi memberi pandangan.Insya Allah.Mudah-mudah kamu mendapat jodoh yang baik,aminn.."doa Nur sambil tersenyum.



"Mudah-mudahan,insya Allah.Doa senjata orang mukmin."kata Idah..
   


                                                      ************************************

 Alhamdulillah,sedikit perkongsian yang dapat kita renunggi bersama.kita renungi petikan ayat al-quran dan hadis:



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Surah Ar-Rum: 21)

Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaknya dia menikah, karena hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaknya dia berpuasa karena puasa adalah benteng baginya”. (HR. Al-Bukhary dan Muslim)


Hadits Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu bahwa Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara: kerana hartanya, karena keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah wanita yang bagus agamanya”.



Ok.Sahabat,sekadar itu sedikit bingkisan yang dapat kita kongsi bersama-sama.Islam memudahkan cara untuk ummatnya,asalkan tidak melanggar adab-adab dan perkara-perkara yang yang boleh menyimpang dari sudut akidah.Perkenalan yang baik,adlah dengan memulakan pertunangan mengikut cara yang berlandaskan syarak.Perspektif isu tentang PERIGI MENCARI TIMBA haruslah dilihat dari segi sudut yang positif,bukannya negatif.Sebagai remaja yang belum berkahwin,termasuk diri sendiri ambil pengajaran daripada istilah.Kalau nak tambah kefahaman eloklah tambah dari sudut bacaan atau lebih baik bertanya kepada yang lebih berpengalaman,guru,ustaz& ustazah malah Ibubapa kita sendiri.Sekadar perkongsian bersama.Sekian.Wallahua'lam





 Sumber rujukan
:www.alquran-melayu.com.
:www.iluvislam.com


 salam ukhwah-humaira.




Monday, April 25, 2011

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH

Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya


Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!

Tuesday, March 8, 2011

~Selamat Hari Wanita~

bismillahirahmanirrahim..
tadi tengahari ade tengok WANITA HARI INI ..baru tau harini adlah tarikh wanita antarabangsa.Kupasan isu tentang sumbangan wanita terhadap negara,keluarga,bidang pekerjaaan (karier wanita),dan macam2 lagi.wanita oh wanita!Ibu oh Ibu..hargailah wanita yang patut dihargai.Ibu,Isteri.dan anak-anak perempuan bg yg berkeluarga..sye nak share sikit ttg puisi..dibawah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
(ini sye copy sekadar perkongsian bersama...)

Friday, March 4, 2011

Kerana Dirimu Amat Berharga


Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

     saya suka berkongsi lirik lagu kerana lagu kegemaran saya ini mengungkap sebalik ciptaan insan bergelar identiti seorang muslimah,serikandi Islam sebagai sayap kiri perjuangan Islam.Martabat seorang wanita bukanlah dilihat dari segi kecantikan rupanya,pakaiannya,kelembutannya dan keindahannya semata-mata tapi dilnilai dari segi  kecantikan akhlak  terhadap agama Allah.

     Contohnya Siti Khadijah sebagai usahawan wanita berjaya,Aisyah Humaira terkenal sebagai tempat rujukan dalam perterjemahan hadith,Asma' dengan keberaniannya memeberi bantuan makanan terhadap Rasulullah dan Rabiatul Adawiyah yang sentiasa meletakakkan cinta Allah hingga ke akhir hayatnya.
Subhanallah..itulah contoh serikandi Islam dapat kita contohi.



Wanita Solehah
ibarat ros merah yang berduri
dirinya dipagari dengan duri-duri tajam yang  dibekali dengan perisai Iman& Taqwa
dirinya sangat berbisa bila didekati oleh kumbang-kumbang yang ingin hinggap pada kelopak mekarnya dirinya teguh berdiri ditiup angin kencang dibasahi hujan dengan sentiasa berzikir mengingati namaNya
sebaik- baik perhiasan adalah
Wanita Solehah



alhamdulillah sedikit perkongsian realiti seorang insan bergelar Hawa.Insya-Allah saya mengingati diri ini dan mengajak kaum hawa diluar kita sama mengenal diri ini sejurus kita mahu mendekati Allah & mencari keredaan-Nya.

mari renungi Firman Allah:


31.     Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


   32. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(An-Nur24:31-32)

wassalam....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...