Assalamualaikum...salam sahabat.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi MUHAMMAD S.A.W.,ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda.
Sekadar perkongsian kita bersama dan renungan bersama,berdasarkan rancangan SEMANIS KURMA,TV9 pada 28 April 2011.Pada kali Ustaz Wan dan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood, mengutarakan topik menarik,iaitu "PERIGI MENCARI TIMBA".Tajuk kali agak menarik perhatian,khususnya bagi mereka yang belum berkahwin,remaja- remaja yang juga ingin tahu lebih lanjut mengenai kupasan tajuk ini.Tidak lupa juga Ibubapa yang mungkin tidak melepas peluang menonton ilmiah seperti ini,tahniah buat TV9 kerana menerbitkan rancangan seperti ini.!Ana nak kongsi seba sedikit mengenai kupasan tajuk kali ini.Oleh kerana ana belum berkahwin,jadi ana cuba kupas sedikit mengenai input daripada rancangan itu.
****************************
"Assalamualaikum,Nur.Ini mak.Kamu apa khabar?Sihat?Kerja macam mana?baik?"Mak Jah menelefon anaknya,Nur bertanya khabar.
"Wa'alaikumsalam,mak.Alhamdulillah...sihat.Kerja?Baik-baik sahaja mak.Tapi semenjak dua menjak ini ada banyak kerja sedikit,sibuk sikit mak."kata Nur sambil tangannya sibuk menyemak kertas-kertas kerja yang meninbun di atas mejanya.
"Oh,begitu,Maklumlah wanita bekerjaya memang begitu.Nur,mak nak tanya sikit kamu boleh?Tapi kamu jangan terkejut pula.Mak sekadar nak tau sahaja."tanya Mak Jah.
"tanya ape mak?Mak nak suruh Nur tempah barang ker?"tanya Nur.
"eh,taklah.Ni mak nak tanya kamu,kamu takde ker calon IMAM MUDA yang berkenan dihati?Maklumlah,kamu sorang jelah anak perempuan mak.Abang dan adik lelaki kamu dah dahului kamu dulu.Mak juga teringin sorang anak perempuan ini,dipetik kumbang."seloroh Mak Jah.
"la itu rupanya.Ni mesti tengok calon IMAM MUDA kat tv ni.Hehe..mak,mak.Bukan takde mak,Nur sibuk sikit dengan kerja ini,Insya Allah kalau Nur dah jumpa calonnya Nur bagitau mak ye,"kata Nur bersahaja.
"yelah,Nur.Itu sahaja jawapan kamu.Mak sekadar bertanya sahaja.Baiklah mak taknak ganggu kerja kamu,baik-baik yer.Tapi jangan terlupa makan pula,solat juga jangan tinggal.Jaga diri ya nak,"pesan Mak Jah kepada anaknya.
"Baiklah ,mak.terima kasih pesan mak tu"kata Nur sambil tersenyum.
"Hmm..yelah.jangan jadi istilah Perigi mencari timba sudah."kata Mak Jah.
"Insya Allah ,bila samapai seru insya Allah ada jodoh Nur mak.Ok, mak assalamualaikum,kirim salam sayang pada Abah"balas Nur.
"Wa'alaikumsalam.Insya Allah nanti mak kirim salam pada Abah kamu"kata Mak Jah.
**********************************************
Berdasarkan petikan dialog tadi.apa respon anda?PERIGI MENCARI TIMBA?Istilah peribahasa melayu yang berubah disebabkan beberapa faktor yang berlaku.Beberapa komen daripada masyakarakat sebelum rancangan itu bermula rata-rata memberi komen yang sama,tidak berapa eloklah kalau wanita dulu yang memulakan perkenalan.Wanita dahulu yang menyapa di sebelah pihak lelaki untuk memulakan pertemuan.Terdapat beberapa faktor yang mungkin mengapa istilah peribahasa ini boleh disalah tafsirkan.Kalau kita dunia hari ini golongan wanita melebihi daripada lelaki,golongan wanita mula memenuhi ruang-ruang pekerjaan baik jawatan awam dan swasta.Ada juga wanita yang bergelar bos syarikat.Malah di IPT juga wanita pula hampir mengusai koata universiti kira-kira 60% adalah wanita.Jadi,kadang-kadang lelaki pula jadi takut sedikit untuk meminang wanita yang mungkin lebih sedikit kelebihannya dari sudut pendidikan,mahupun kerjaya.Jadi mungkin istilah Pergi Mencari Timba ini menjadi bualan masyarakat hari ini.
Kalau kita singkap kembali sirah anbia',kisah Khadijah terpikat dengan Rasulullah dek kerana peribadi Baginda.Maka,Khadijah menggunakan orang tengah,Nafisah binti Maniyyah dalam urusan peminangan tersebut.Teladan ini dapat kita contohi bersama,kerana Islam tidak melarang dalam hal seperti ini tetapi biarlah kena pada caranya dengan mengikut adab-adab yang perlu dijaga.
********************************
"Idah,aku nak tanya pandangan kamu sikit boleh?Mak aku dah mula bertanya-tanya kat aku tentang soal jodoh.Aku bukan tak mahu kahwin,bukankah kahwin itu sunnah Rasulullah.Aku sudah berkenan dengan seorang muslimin ini,masa itu kami masing-masing belajar ditempat yang sama.Aku tengok peribadinya baik,sopan dan berpegang kuat dalam agama.Tapi aku malu la Idah, segan.Lagipun aku tak pernah berbual dengan dia." tanya Nur kepada rakan serumahnya sambil menyelak majalah SOLUSI-MEMBURU KEMANISAN IMAN ISU- 30.
"Nur.Aku faham perasaan kau.Semalam aku tonton Semanis Kurma..masa itu kau tidur.So,aku tak nak ganggu kau tidur.Maybe kau penat siang hari berkerja.Ustazah kata,kalau kita dah berkenan pada seseorang itu tak menjadi salah kalau kita dahulu yang memulakan perkenalan,tetapi masih lagi mengikt adab-adab perkenalan dalam Islam.Kita guna orang tengah,yang paling dekat Ibubapa kitalah.Kita bagitau mak ayah kalau kita ada berkenan dengan seseorang ini.Kau tahu kisah SITI KADIJAH dan RASULULLAH kan?Macam tulah."kata Idah kepada sahabatnya yang dia kenal sejak menuntut di universiti.
"Tapi,nanti tu kata apa pulak.Seganlah.macam bunga mencari kumbang pula jadinya."seloroh Nur sambil ketawa kecil.
"Nur,aku yakin.Insya Allah, kalau lelaki yang faham agama dan kita sendiri nak berumah tangga kerana Allah.Kita nak pertemuan dengan si dia diredhai oleh-Nya.Insya Allah,Allah permudahkan.Kita sebagai manusia perlu berdoa dan sebelum membuat keputusan dalam sebegini solat Istikharah dulu.Ustazah pesan,dia bagi tip sekali,elakkan 4 P ni.."kata Idah.
"4 P?apa dia Idah?"soal Nur.tertanya-tanya ingin tahu.
"pertama,Pandang.maksudnya Jangan pandang lebih-lebih kepada bakal tunang tu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Pandangan mata itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh karena itu barang siapa yang meninggalkan pandangan karena takut dari siksa Allah serta iman, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya."
Kedua,Pegang.Jangan berpegang tangan lelaki dan perempuan yang belum halal bagi kita.
Ketiga,peluk.Jangan peluk,sebab dia belum halal bagi kita.
Katiga,Peluk.Jangan berpelukan sebab dia belum halal bagi kita.
Keempat,perzinaan.Jangan hampiri zina.
Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)
1.Surah Anbiyaa',ayat 89..Doa Nabi Zakaria
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
2.Surah Ta-ha,ayat 39:"..Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orangterhadapmu"
(sila rujuk pada tafsir al-quran untuk terjemahan)
Doa tambahan:
Surah Al-Furqan,ayat 74.
..“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
"alhamdulillah.ada juga tips doa yang boleh diamalkan.Terima kasih,ya sahabat.Kau banyak menolong dan sudi memberi pandangan.Insya Allah.Mudah-mudah kamu mendapat jodoh yang baik,aminn.."doa Nur sambil tersenyum.
"Mudah-mudahan,insya Allah.Doa senjata orang mukmin."kata Idah..
************************************
Alhamdulillah,sedikit perkongsian yang dapat kita renunggi bersama.kita renungi petikan ayat al-quran dan hadis:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Surah Ar-Rum: 21)
Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaknya dia menikah, karena hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaknya dia berpuasa karena puasa adalah benteng baginya”. (HR. Al-Bukhary dan Muslim)
Hadits Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu bahwa Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara: kerana hartanya, karena keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah wanita yang bagus agamanya”.
Ok.Sahabat,sekadar itu sedikit bingkisan yang dapat kita kongsi bersama-sama.Islam memudahkan cara untuk ummatnya,asalkan tidak melanggar adab-adab dan perkara-perkara yang yang boleh menyimpang dari sudut akidah.Perkenalan yang baik,adlah dengan memulakan pertunangan mengikut cara yang berlandaskan syarak.Perspektif isu tentang PERIGI MENCARI TIMBA haruslah dilihat dari segi sudut yang positif,bukannya negatif.Sebagai remaja yang belum berkahwin,termasuk diri sendiri ambil pengajaran daripada istilah.Kalau nak tambah kefahaman eloklah tambah dari sudut bacaan atau lebih baik bertanya kepada yang lebih berpengalaman,guru,ustaz& ustazah malah Ibubapa kita sendiri.Sekadar perkongsian bersama.Sekian.Wallahua'lam
Sumber rujukan
:www.alquran-melayu.com.
:www.iluvislam.com
salam ukhwah-humaira.
No comments:
Post a Comment