cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Tuesday, May 22, 2012

KaMpUS:Muslimat itu bukan TASTE kami












MENGENALI SEJARAH HAWA

Asalkan mempunyai kromosom XX, daripada perkataan 'hawa' beranak pinak menjadi perkataan yang seerti dengannya iaitu :
- gadis
- wanita
- perempuan
- muslimat
- betina

Golongan hawa ini sinonim dengan sifat lemah lembut, ayu, sopan santun, berbudi bahasa dan mudah sensitif. Tetapi tidak semua yang begitu. Ada juga di kalangan mereka yang agresif, aktif dan lincah. Jiwa mereka sangat kental seperti seorang lelaki. Kadang kala lebih isi daripada kuah. Terkehadapan dan memimpin segerombolan pemuda.

Tetapi tahukah kamu wahai lelaki, wahai kaum muslimin?

Wanita (muslimat) yang nampak lembut di luar tak semestinya lembut di hati. Dan wanita yang nampak keras di luar tak semestinya keras di hati. Barangkali yang lembut di luar, sangat degil dan keras kepala! Dan yang keras di luar, jiwanya sangat lembut, mudah tersentuh dan mudah memaafkan orang.

Pernah jumpa orang sebegini? Ramai bukan?

Ada segolongan kelompok yang menjadi pujaan persatuan, organisasi, gerakan mahu pun jemaah. Tetapi sayangnya mereka tidak tersenarai sebagai pilihan hati si muslimin untuk berlayar di bahtera yang sama. Bukan "taste" mereka katanya.

"Dah.....sudah!" keluh seorang muslimat yang runsing dengan proses baitul muslimnya yang lambat.
Kasihan mereka. Macam-macam ragam yang mereka terpaksa telan.




ADUHAI MUSLIMAT, KASIHAN KAMU

Muslimat yang telah dikategorikan sebagai aktif, outspoken , lincah, suka merayau ke sana sini, jenis yang tak boleh duduk diam, superbusy women, minah rempit, berkepimpinan, berwibawa dan tegas adalah kelompok yang sangat EKSLUSIF untuk tuntutan jemaah.

Tetapi muslimat yang lemah lembut pendiam, humble, pandai  masak, mengemas, suka terperok dalam bilik dan kurang mendedahkan mukanya di khalayak ramai adalah kelompok INKLUSIF untuk tuntutan baitulmuslim.

Golongan lemah lembut ini bagai "pisang goreng panas" begitu terlaris di pasaran. Menjadi rebutan di mata-mata yang mengintai peluang. Sebolehnya mahu setel cepat, nak cepat cop sebelum dicop dan dikebas orang lain. Lebih-lebih lagi jika ada added value seperti bentuk fizikal tubuh badan.

Sudahlah bilangan muslimin sedikit, muslimat pula ramai, dicarinya pula bukan sefikrah. Kasihan si muslimat. Terpampan dek ragam muslimin. Mahu diluah, takut tidak bertempat. Hanya memendamkan rasa di sebalik wajahnya yang tegas.

Maaf kepada sesiapa yang terasa. Sedar atau tidak kita telah menganiyai dan menzalimi saudara kita, sahabat kita. Jika semua muslimin punya persepsi sedemikian rupa, apa akan jadi pada nasib muslimat yang lain?

Tidakkah kita melihat ramai muslimat yang sudah lama grade masih lagi tidak berkahwin? Mereka dengan sabar sanggup menanti bagai "bulan jatuh ke riba", yang ditunggu tidak pula kunjung tiba. Justeru, timbullah pula peribahasa "gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tak nampak" di mulut orang kampung.

Oleh kerana tidak sanggup digelar andartu, berkahwinlah mereka dengan sesiapa. Sama ada orang yang bukan sefikrah atau pun langung tiada fikrah itu bukan isu utama. Berita buruknya, futur pula semakin mengintai-ngintai alam rumahtangga mereka.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Walau sesiapa pun yang bersalah, pokok pangkalnya unit baitulmuslim perlu proaktif dalam tangani isu ini. Kenal pasti siapakah yang telah dan bakal hadapi dilema ini. Jejaki mereka. Jangan sampai satu masa nanti ada bibir yang gatal menyalahkan jemaah kerana tidak tolong mereka.

Kita mahu lahirkan generasi seperti sosok tubuh Sultan Muhammad Al Fateh. Untuk itu kita perlu serius dan cerdik dalam merancang. Masing-masing perlu hadirkan rasa tanggungjawab dan korbankan nafsu untuk perjuangan islam yang panjang.

Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.



Ayam masak kicap










BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (ikut suka)
1 1/2 inci halia muda, hiris
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/4 cawan kicap manis
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai cili merah, hiris
5 biji cili padi-hiris, 
1 btng serai-di ketuk, 
1/2 camca teh cuka makan(kalau nak tambah)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

Monday, May 21, 2012

pergaulan dikampus.bagaimana?ok kah?

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim.

Melihat suasana kampus uia,baik di uia matrikulasi dan insya Allah,akan melangkah kaki ke gerbang pintu kampus,satu medan dakwah yang semakin mencabar.Dikotak fikiran ini,seribu pertanyaan yang menganggu.Muhasabah diri ini kembali "istilah cuti dirumah" bagi pelajar siswa yang bakal melangkah perjuangan belajar untuk ijazah tidak cukup itu sahaja.Merancang untuk masa depan bermula satu paksi diri anda.Iaitu "NIAT".Tanya kembali pada diri ntum.Ntum belajar kerana apa?Adakah sebab paksaan mak ayah suruh masuk bidang tersebut?Adakah aku nak kerja cita impian segulung ijazah semata-mata nanti bila aku keluar nanti aku dapat pekerjaan yang bergaji "lumayan".

Merindui suasana kampus uia pj.Memori ana mengenal gelaran "ustaz" dan "ustazah","anta" dan "anti".uia memang ada silibus arab.Untuk pelajar sains sampai level 2 sahaja.Semasa sem1 budaya ini agak terkejut bagi ana.Kerana ana dari sekolah harian biasa.Alhamdulillah,ana try masuk dan menjadi satu fenomena di kampus mengguna istilah itu yang ana nampak bila ikhwah dan akhwat berjumpa /bermeeting atas urusan persatuan dan aktivti yang dijalankan bersama sesuai matlamat uia sendiri mewujudkan BIAH SOLEHAH dalam kalangan kampus.



Ana menghormati cara pergaulan sesetengah ikhwah dan akhwat yang daripada pelajar sekolah agama,maahad Darul Quran.Cukup menjaga.Ini  yang menarik perhatian ana,sebaik semasa semester1 disana,kembali mengimbau seawal di matrik dahulu.Ya ini lah contoh yang patut kita contohi.Islam teras menggaris panduan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.BERJUMPA DAN BERURUSAN ATAS URUSAN YANG PENTING!fullstop.saya nak berkongsi sedikit untuk kita sama2 saling bermuhasabah tujuan kita berurusan.

sumber:http://www.pmiusm.org/2010/03/jaga-ikhtilat-menjauhi-zina-memelihara.html

Ikhtilat ialah apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berada di tempat terbuka. Sebagai contoh, di pasar, bank, sekolah atau tempat awam semasa berurusan. Selain itu, dua atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi, dianggap sebagai berikhtilat. Sebagai contoh, bermesyuarat di bilik khusus atau belajar di kelas atau dalam dewan kuliah.

DAB-ADAB IKHTILAT:

Rasulullah SAW bersabda: 

”Janganlah salah seorang diantara kalian (lelaki) bersendirian dengan wanita melainkan harus disertai mahramnya.” (Mutafaqqun ’alaihi).

- Menundukkan pandangan.
- Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
- Tidak mengamati perempuan atau lelaki sehingga menaikkan syahwat.
- Memelihara aurat dan kehormatan masing-masing.
- Berkata yang ma’ruf dan sopan serta serius dalam percakapan.
- Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
- Menjaga pergerakan.
- Mempercepatkan urusan

KHALWAT

Iaitu seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup dan sunyi. Sebagai contoh di dalam bilik atau hotel berdua-duaan. Selain itu, dua atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat di tempat tertutup atau sunyi. 
Islam telah meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat terbahagi kepada dua iaitu ikhtilat tidak syar’ie dan ikhtilat syar’ie.

IKHTILAT TIDAK SYAR’IE: 

- Percampuran yang boleh mencemarkan maruah
- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
- Tanpa urusan (kecuali darurat - memberi perlindungan dari bahaya, dibenarkan.)
- Tidak mengikut adab Islam dengan tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.

IKHTILAT SYAR’IE:

- Mempunyai urusan
- tempat menuntut ilmu
- medan jihad
- gerakan dakwah
- menziarah
- urusan jual beli
- menunaikan haji dan umrah
- muusafir syar’ie
- menjadi saksi (urusan mahkamah)
- menyaksikan hukuman (cth: hukuman hudud)
- mesyuarat dan pembentangan


dan tak lupa kalu kita kat fb juga=)



Sebab Allah kata gini,sbb..

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32) 

Dan yang paling berbahaya dari ikhtilat adalah khalwat yakni bersendirian lelaki dan wanita bukan mahram di suatu tempat. Rasulullah SAW bersabda : 

“Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)

                                            *************************************

Tapi dalam masa yang sama,syaitan tetap akan menggoda untuk terus mengajak memifirkan hal "cinta sebegini.Jadi langkah perlu BERMUJAHADAH MELAWANNYA..SELALU TAJDID NIAT KITA BILA BERURUSAN AJNABI KITA.NIAT URUSAN ITU HANYA KERANA ALLAH.

TIP NAK JAUHKAN MASALAH HATI *


Panduan 1: Menuntut Ilmu. Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.
 Panduan 2: Amalkan Ilmu. Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat. Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.
 Panduan 3: Dekati Orang Berilmu. Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.
 Panduan 4: Berusaha Menjauhi Dosa.Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai. 
Panduan 5: Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina. Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya; * Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan. * Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat. * Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.
Rasulullah SAW menegaskan; "Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya, nescaya Allah akan mengurniakan jiwanya dalam kemanisan ibadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." [HR: Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam; "Sesiapa yang menjaga pandangannya nescaya Allah akan menjaga jiwanya."
*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat. 
Panduan 6: Mengamalkan Zikir. Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa. 
Panduan 7: Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik. Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik. 
Panduan 8: Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan. Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.
 Panduan 9: Amalkan Sunnah Nabi SAW. Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik. Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.


sama-sama kita ingat memperingati..wallahualam..perkongsian bersama..=)doa untuk istiqamah mujahadah..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...