cinta Rasul,..jom selawat!

cinta Rasul,..jom selawat!

salam

Tuesday, May 22, 2012

KaMpUS:Muslimat itu bukan TASTE kami












MENGENALI SEJARAH HAWA

Asalkan mempunyai kromosom XX, daripada perkataan 'hawa' beranak pinak menjadi perkataan yang seerti dengannya iaitu :
- gadis
- wanita
- perempuan
- muslimat
- betina

Golongan hawa ini sinonim dengan sifat lemah lembut, ayu, sopan santun, berbudi bahasa dan mudah sensitif. Tetapi tidak semua yang begitu. Ada juga di kalangan mereka yang agresif, aktif dan lincah. Jiwa mereka sangat kental seperti seorang lelaki. Kadang kala lebih isi daripada kuah. Terkehadapan dan memimpin segerombolan pemuda.

Tetapi tahukah kamu wahai lelaki, wahai kaum muslimin?

Wanita (muslimat) yang nampak lembut di luar tak semestinya lembut di hati. Dan wanita yang nampak keras di luar tak semestinya keras di hati. Barangkali yang lembut di luar, sangat degil dan keras kepala! Dan yang keras di luar, jiwanya sangat lembut, mudah tersentuh dan mudah memaafkan orang.

Pernah jumpa orang sebegini? Ramai bukan?

Ada segolongan kelompok yang menjadi pujaan persatuan, organisasi, gerakan mahu pun jemaah. Tetapi sayangnya mereka tidak tersenarai sebagai pilihan hati si muslimin untuk berlayar di bahtera yang sama. Bukan "taste" mereka katanya.

"Dah.....sudah!" keluh seorang muslimat yang runsing dengan proses baitul muslimnya yang lambat.
Kasihan mereka. Macam-macam ragam yang mereka terpaksa telan.




ADUHAI MUSLIMAT, KASIHAN KAMU

Muslimat yang telah dikategorikan sebagai aktif, outspoken , lincah, suka merayau ke sana sini, jenis yang tak boleh duduk diam, superbusy women, minah rempit, berkepimpinan, berwibawa dan tegas adalah kelompok yang sangat EKSLUSIF untuk tuntutan jemaah.

Tetapi muslimat yang lemah lembut pendiam, humble, pandai  masak, mengemas, suka terperok dalam bilik dan kurang mendedahkan mukanya di khalayak ramai adalah kelompok INKLUSIF untuk tuntutan baitulmuslim.

Golongan lemah lembut ini bagai "pisang goreng panas" begitu terlaris di pasaran. Menjadi rebutan di mata-mata yang mengintai peluang. Sebolehnya mahu setel cepat, nak cepat cop sebelum dicop dan dikebas orang lain. Lebih-lebih lagi jika ada added value seperti bentuk fizikal tubuh badan.

Sudahlah bilangan muslimin sedikit, muslimat pula ramai, dicarinya pula bukan sefikrah. Kasihan si muslimat. Terpampan dek ragam muslimin. Mahu diluah, takut tidak bertempat. Hanya memendamkan rasa di sebalik wajahnya yang tegas.

Maaf kepada sesiapa yang terasa. Sedar atau tidak kita telah menganiyai dan menzalimi saudara kita, sahabat kita. Jika semua muslimin punya persepsi sedemikian rupa, apa akan jadi pada nasib muslimat yang lain?

Tidakkah kita melihat ramai muslimat yang sudah lama grade masih lagi tidak berkahwin? Mereka dengan sabar sanggup menanti bagai "bulan jatuh ke riba", yang ditunggu tidak pula kunjung tiba. Justeru, timbullah pula peribahasa "gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tak nampak" di mulut orang kampung.

Oleh kerana tidak sanggup digelar andartu, berkahwinlah mereka dengan sesiapa. Sama ada orang yang bukan sefikrah atau pun langung tiada fikrah itu bukan isu utama. Berita buruknya, futur pula semakin mengintai-ngintai alam rumahtangga mereka.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Walau sesiapa pun yang bersalah, pokok pangkalnya unit baitulmuslim perlu proaktif dalam tangani isu ini. Kenal pasti siapakah yang telah dan bakal hadapi dilema ini. Jejaki mereka. Jangan sampai satu masa nanti ada bibir yang gatal menyalahkan jemaah kerana tidak tolong mereka.

Kita mahu lahirkan generasi seperti sosok tubuh Sultan Muhammad Al Fateh. Untuk itu kita perlu serius dan cerdik dalam merancang. Masing-masing perlu hadirkan rasa tanggungjawab dan korbankan nafsu untuk perjuangan islam yang panjang.

Muhasabahlah wahai jundullah.
Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...