Melihat suasana kampus uia,baik di uia matrikulasi dan insya Allah,akan melangkah kaki ke gerbang pintu kampus,satu medan dakwah yang semakin mencabar.Dikotak fikiran ini,seribu pertanyaan yang menganggu.Muhasabah diri ini kembali "istilah cuti dirumah" bagi pelajar siswa yang bakal melangkah perjuangan belajar untuk ijazah tidak cukup itu sahaja.Merancang untuk masa depan bermula satu paksi diri anda.Iaitu "NIAT".Tanya kembali pada diri ntum.Ntum belajar kerana apa?Adakah sebab paksaan mak ayah suruh masuk bidang tersebut?Adakah aku nak kerja cita impian segulung ijazah semata-mata nanti bila aku keluar nanti aku dapat pekerjaan yang bergaji "lumayan".
Merindui suasana kampus uia pj.Memori ana mengenal gelaran "ustaz" dan "ustazah","anta" dan "anti".uia memang ada silibus arab.Untuk pelajar sains sampai level 2 sahaja.Semasa sem1 budaya ini agak terkejut bagi ana.Kerana ana dari sekolah harian biasa.Alhamdulillah,ana try masuk dan menjadi satu fenomena di kampus mengguna istilah itu yang ana nampak bila ikhwah dan akhwat berjumpa /bermeeting atas urusan persatuan dan aktivti yang dijalankan bersama sesuai matlamat uia sendiri mewujudkan BIAH SOLEHAH dalam kalangan kampus.
Ana menghormati cara pergaulan sesetengah ikhwah dan akhwat yang daripada pelajar sekolah agama,maahad Darul Quran.Cukup menjaga.Ini yang menarik perhatian ana,sebaik semasa semester1 disana,kembali mengimbau seawal di matrik dahulu.Ya ini lah contoh yang patut kita contohi.Islam teras menggaris panduan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.BERJUMPA DAN BERURUSAN ATAS URUSAN YANG PENTING!fullstop.saya nak berkongsi sedikit untuk kita sama2 saling bermuhasabah tujuan kita berurusan.
sumber:http://www.pmiusm.org/2010/03/jaga-ikhtilat-menjauhi-zina-memelihara.html
Ikhtilat ialah apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berada di tempat terbuka. Sebagai contoh, di pasar, bank, sekolah atau tempat awam semasa berurusan. Selain itu, dua atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi, dianggap sebagai berikhtilat. Sebagai contoh, bermesyuarat di bilik khusus atau belajar di kelas atau dalam dewan kuliah.
DAB-ADAB IKHTILAT:
Rasulullah SAW bersabda:
”Janganlah salah seorang diantara kalian (lelaki) bersendirian dengan wanita melainkan harus disertai mahramnya.” (Mutafaqqun ’alaihi).
- Menundukkan pandangan.
- Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
- Tidak mengamati perempuan atau lelaki sehingga menaikkan syahwat.
- Memelihara aurat dan kehormatan masing-masing.
- Berkata yang ma’ruf dan sopan serta serius dalam percakapan.
- Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
- Menjaga pergerakan.
- Mempercepatkan urusan
KHALWAT
Iaitu seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup dan sunyi. Sebagai contoh di dalam bilik atau hotel berdua-duaan. Selain itu, dua atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat di tempat tertutup atau sunyi.
Islam telah meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat terbahagi kepada dua iaitu ikhtilat tidak syar’ie dan ikhtilat syar’ie.
IKHTILAT TIDAK SYAR’IE:
- Percampuran yang boleh mencemarkan maruah
- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
- Tanpa urusan (kecuali darurat - memberi perlindungan dari bahaya, dibenarkan.)
- Tidak mengikut adab Islam dengan tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.
IKHTILAT SYAR’IE:
- Mempunyai urusan
- tempat menuntut ilmu
- medan jihad
- gerakan dakwah
- menziarah
- urusan jual beli
- menunaikan haji dan umrah
- muusafir syar’ie
- menjadi saksi (urusan mahkamah)
- menyaksikan hukuman (cth: hukuman hudud)
- mesyuarat dan pembentangan
dan tak lupa kalu kita kat fb juga=)
Firman Allah SWT : “Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32)
Dan yang paling berbahaya dari ikhtilat adalah khalwat yakni bersendirian lelaki dan wanita bukan mahram di suatu tempat. Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)
*************************************
Tapi dalam masa yang sama,syaitan tetap akan menggoda untuk terus mengajak memifirkan hal "cinta sebegini.Jadi langkah perlu BERMUJAHADAH MELAWANNYA..SELALU TAJDID NIAT KITA BILA BERURUSAN AJNABI KITA.NIAT URUSAN ITU HANYA KERANA ALLAH.
TIP NAK JAUHKAN MASALAH HATI *
Panduan 1: Menuntut Ilmu. Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.
Panduan 2: Amalkan Ilmu. Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat. Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.
Panduan 3: Dekati Orang Berilmu. Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.
Panduan 4: Berusaha Menjauhi Dosa.Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai.
Panduan 5: Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina. Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya; * Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan. * Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat. * Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.
*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat.
Panduan 6: Mengamalkan Zikir. Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa.
Panduan 7: Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik. Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik.
Panduan 8: Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan. Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.
Panduan 9: Amalkan Sunnah Nabi SAW. Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik. Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.
sama-sama kita ingat memperingati..wallahualam..perkongsian bersama..=)doa untuk istiqamah mujahadah..=)
No comments:
Post a Comment